Pembayaran MySTR 2024 bagi Fasa 1 akan dilaksanakan kepada pemohon yang lulus dalam membuat permohonan serta melepasi semakan verifikasi kelayakan. Seperti yang and tahu , kerajaan telah mengugumkan tarikh permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 November 2023.
Selain daripada membuat permohonan baharu , kemaskini juga boleh dibuat untuk menyemak kelayakan anda agar tidak tercicir daripada terima bayaran MySTR 2024.
Baca juga : Cara Untuk Membuat Permohonan Baharu STR 2024
JUMLAH BANTUAN
Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang akan diberikan mengikut kategori yang telah ditetapkan selepas dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan :
1) Pendapatan Isi Rumah Di bawah RM2,500
- 5 Anak Atau Lebih : RM2,500
- 3 – 4 Anak : RM2,000
- 1 – 2 Anak : RM1,500
- Tiada Anak : RM1,000
2) Pendapatan Isi Rumah : Antara RM2,501 – RM5,000
- 5 Anak Atau Lebih : RM1,250
- 3 – 4 Anak : RM1,000
- 1 – 2 Anak : RM750
- Tiada Anak : RM500
3) Warga Emas
- Terima Bayaran RM600
4) Bujang (Pendapatan Di Bawah RM2,500)
- RM350
JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI FASA 1
Untuk makluman anda semua , kadar bayaran STR 2024 ini berdasarkan kelayakan anda seperti mana yang ditetapkan pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Di samping itu , bantuan yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan setiap fasa.
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan disalurkan pada STR Fasa 1 ini :
I) Kategori Isi Rumah (Pendapatan di bawah RM2,500 & tiada had umur)
- Tiada anak : RM500
- 1 – 2 anak : RM500
- 3 – 4 anak : RM500
- 5 anak ataupun lebih : RM500
II) Kategori Isi Rumah (Pendapatan antara RM2,500 – RM5,000 sebulan & tiada had umur)
- Tiada anak : RM100
- 1 – 2 anak : RM150
- 3 – 4 anak : RM250
- 5 anak atau lebih : RM300
III) Bujang & Warga Emas tiada pasangan
- Pendapatan bujang hendaklah di bawah RM2,500 berumur 21 – 59 tahun & OKU berumhr 19 – 59 tahun : RM150
- Warga emas tiada pasangan berpendapatan di bawah RM5,000 serta berumur 60 tahun ke atas : RM150
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
- Februari 2024 (dijangkakan akan dikreditkan sebelum memasuki bulan Ramadan)
ADAKAH WAJIB KEMASKINI STR?
Mungkin ramai dikalangan kita yang tertanya – tanya sama ada peelu mengemaskini permohon yang telah dimohon sebelum ini ataupun tidak. Oleh itu , persoalan anda akan di jawab :
BORANG PERMOHONAN
Anda boleh dapatkan borang permohonan tersebut melalui laman web portal rasmi MySTR ataupun melalui Pejabat Lambaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pejabat Satelit HASIL / Pusat Transformaai Bandar (UTC) yng berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan secara atas talian , anda boleh memuat turun borang permohonan – DI SINI
HANTAR BORANG SECARA MANUAL MYSTR 2024
Setelah selesai sahaja mengisi borang dengan lengkap anda boleh terus menghantarnya ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pejabat Satelit HASiL / Pusat Transformasi Bandar (UTC) Hasil yang berhampiran.
Pemohon yang telah menghantar borang permohonan dengan secara manual akan diberikan sebuah keratan Akuan Penerimaan Permohonan STR adalah seperti berikut :
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembayaran MySTR Fasa 1, anda boleh terus layari laman web portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.