Cara Untuk Membuat Permohonan Baharu STR Tahun 2024

Seperti yang kita tahu , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiaitf kerajaan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Selain itu , inisiaitf ini juga adalah bantuan tahunan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) , Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) , Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) , dan lain – lain lagi.



Tujuan utama bantuan ini diberikan adalah untuk meringankan beban bagi setiap keluarga yang memerlukan dalam menjalani hari – hari dengan memerlukan wang dalam membuat perbelanjaan barangan keperluan seperti barangan dapur.


Kerajan juga telah mengugumkan pembayaran ini akan dilaksanakan dengan secara berfasa. Kebiasannya pembayaran ini akan mengambil 4 fasa untuk selesaikan bantuan tersebut tetapi bagi STR 2024 belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai pembayaran yang dilakukan.

PERMOHONAN BANTUAN STR 2024

Pada baru – baru ini kerajaan telah memaklumkan bahawa pada 1 November 2023 yang lepas, peemohonan baharu telah dibuka kepada mereka yang belum pernah memohon serta menerima bantuan STR bagi tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk membuat permohonan baharu bagi mereka yang belum pernah memohon :

  • Isi rumah yang berkahwin dengan berpendapatan RM5000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara dengan mempunyai pendapatan RM5000 ke bawah
  • Individu bujang berumur 21-59 tahun dengan mempunyai pendapatan di bawah RM2500
  • Individu bujang OKU berumur 19-59 tahun dengan mempunyai pendapatan RM2500 ke bawah

LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU

Mungkin di antara kalian tidak tahu kerana terdapat 2 kaedah yang boleh dibuat untuk membuat permohonan baharu STR :

1. Permohonan si kaunter Pejabat LHDNM
  • Permohonan boleh dibuat dengan membuat turun borang permohonan yang akan disediakan di bawah. Anda peelu mengisi borang dengan lengkap dan tepat untuk memudahkan dalam urusan (BORANG PERMOHONAN STR)
  • Setelah selesai mengisi borang tersebut , anda dikehendaki untuk menghantar borang ke pejabat LHDNM , Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasj Bandar (UTC) LHDNM berdekatan anda.
2) Permohonan secara atas talian
  • Layari laman web portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Permohonan tersebut boleh dapatkan melalui aplikasi STR yang terdapat pada telefon pintar mellui Appstore ataupun Google Play Store.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan baharu STR , anda boleh terus layari di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *