Bantuan Orang Tua (BOT) Sebanyak RM500 Dikreditkan Setiap Sebulan ~ Semak Sekarang !

Kongsi
 

Untitled 1

Makluman untuk semua , Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk sentiasa menjaga kebajikan masyarakat bagi yang memerlukan lima teras utama seperti perlindungan , pencegahan , pemulihan , pembangunan serta pengintegrasian.


BANTUAN ORANG TUA

Terdapat pelbagai jenis bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan salah satunya adalah Bantuan Orang Tua (BOT) Golongan tua ataupun warga emas yang sentiasa perlu di ambil berat oleh pihak kerajaan.  

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan serba sedikit beban yang dihadapi khususnya warga emas dalam menyara kehidupan mereka yang sudah tiada tenaga kerja untuk melakukan kerja.


JUMLAH BANTUAN

Bantuan untuk warga emas yang layak akan diberikan sebanyak RM500 sebulan. Jika pemohon lulus dalam permohonan tersebut akan terima bayaran sebanyak RM500 setiap bulan.

TARIKH BAYARAN

Mungkin diantara kita adalah merupakan penerima bantuan ini , pada bulan Disember ini akan dikreditkan pada awal bulan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan oleh JKM agar dapat mempermudahkan urusan mereka mengisi data :
  • Warganegara Malaysia
  • Bermaustatin di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas tersebut tidak tinggal di Institusi kendalian JKM ataupun pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai pembayaran Bantuan Orang Tua (BOT) , anda boleh terus layari laman web portal JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

Leave a Comment