Berita baik untuk anda semua khususnya bagi para pekebun kecil kerana permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kini dibuka mulai 1 Jun 2024. Oleh itu , para pekebun kecil mahupun penoreh getah yang berkelayakan digalakkan untuk mengemaskini sebarang maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun 2024 boleh dilakukan dengan dua cara iaitu melalui Portal Pekebun Kecil RISDA ataupun boleh hadir di mana – mana Pejabat RISDA yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Makluman untuk anda semua , pada tahun 2023 pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah ditambah baik kepada RM800 bagi setiap penerima yang layak.
Baca juga : Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 3 Tahun 2024
Walaubagaimanapun , jumlah bayaran yang tekah ditetapkan adalah sebanyak RM600 untuk setiap pekebun kecil ataupun penoreh getah yang layak. Berikut adalah maklumat – maklumat yang akan dikongsikan mengenai cara untuk membuat semakan serta permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 Tahun 2024
PERMOHONAN BANTUAN BMT
Bagi tarikh permohonan dan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 2024 kini dibuka mulai 1 Jun 2024 sehingga 2024. Pekebun kecil dan penoreh getah boleh membuat permohonan tersebut melalui mana – mana Pejabat RISDA yang berdekatan ataupun dengan secara online.
SYARAT KELAYAKAN BMT
Berikut adalah merupakan syarat – syarat yang diperlukan bagi permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) :
I. Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki / Menguruskan dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA
- Pemohon mestilah mempunyai jumlah keluasan milikan tanah sekurang – kurangnya 0.1 hingga 4.0 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – WAJIB untuk peserta JPS dan JAKOA)
II. Penoreh Getah (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh Getah yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
- Mendapat pengesahan pemilik tanah gang sah
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 Tahun 2024
CARA MOHON BMT
Pekebun kecil dan penoreh getah boleh membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 ini melalui laman web portal rasmi Pekebun Kecil RISDA di https://pekebunkecil.risda.gov.my/ .
Kenyataan di atas adalah bagi permohonan secara online , bagi permohonan secara manual pula anda perlu pergi ke Pejabat RISDA negeri ataupun Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal. Permohonan tersebut perlu mengisi dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen – dokumen yang diperlukan.
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 Tahun 2024
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Terdapat beberapa senarai salinan yang diperlukan semasa membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) :
I) Pekebun Kecil RISDA
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
II) Penoreh Bukan Pemilik
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif buat masa sekarang
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah
III) Pekebun Kecil Agensi
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan ; dan
- Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran ataupun mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah),dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif ;dan
- Surat pengesahan daripada Agensi
KADAR BAYARAN BMT
Jumlah bantuan yang telah ditetapkan adalah sebanyak RM800 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing – masing bagi penerima yang layak dengan secara berperingkat.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang kita tahu , pada sebelum ini bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dilaksanakan secara berperingkat iaitu dua kali bayaran dalam masa setahun. Tetapi pada tahun ini bayaran akan dilaksanakan pada
- November / Disember 2024 – RM400
- Januari 2025 – RM200
- Februari 2025 – RM200
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 Tahun 2024
TARIKH PERMOHONAN BMT
Bagi permohonan pula dibuka mulai 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024 .
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BMT
Sebarang kemaskini ini pemohon boleh buat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA di https://pekebunkecil.risda.gov.my/ .
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 tahun 2024 , anda boleh terus hubungi di talian hotline BMT RISDA melalui ruangan yang sisediakan di bawah ini :
- Talian Hotline : 03-425 64 022
- https://helpdesk.risda.gov.my/support/home