Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 3 Tahun 2024

Kongsi

Makluman untuk anda semua , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu bantuan tahunan yang tekah diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah inisiatif Rahmah dalam Bajet MADANI kedua (Bajet 2024). Pada tahun lepas , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga telah dikaksanakan dan pada tahun ini masih lagi diteruskan dengan ditambah baik dari segi kadr bantuan mengikut kategori.

Antara salah tujuan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini diperkenalkan adalah untuk sentiasa membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan seharian sekaligus ekoran kos sara hidup yang kian meningkat.

image 6
Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 3 Tahun 2024 5

Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 3

Baca juga : Jadual Bayaran Bantuan SARA Fasa2 Tahun 2024

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Berita baik untuk anda semua , tarikh rasmi untuk bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 ini mula dikreditkan pada bulan Ogos 2024 ini. Walaubagaimanapun , tarikh sebenar buat masa sekarang belum diumumkan dan perkara tersebut akan diumumkan pada kemudian hari.

Berikut adalah merupakan tarikh & jumlah bayaran bantuan STR Fasa 3 :

image 7
Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 3 Tahun 2024 6

Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 3

JADUAL BAYARAN

Berikut merupakan jadual pembayaran penuh bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 :

image 8
Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori STR Fasa 3 Tahun 2024 7

CARA SEMAKAN STATUS STR

Terdapat langkah – langkah yang perlu dibuat untuk membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 melalui laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

Semakan status ini boleh dibuat dengan mengikut cara seperti berikut :

  • Pertama sekali , log masuk portal rasmi MySTR
  • Seterusnya , masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah berdaftar
  • Sila klik pada bahagian Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan (Status Permohonan / Maklumat Pembayaran “Jika Ada”)

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

I. Isi Rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500

  • RM1,000 (Tiada anak)
  • RM1,500 (1 – 2 orang anak)
  • RM2,000 (3 – 4 orang anak)
  • RM2,500 (5 anak & ke atas)

II. Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 hingga RM5,000

  • RM500 (Tiada anak)
  • RM750 (1 – 2 orang anak)
  • RM1,000 (3 – 4 orang anak)
  • RM1,250 (5 anak ke atas)

III. Warga Emas Yang Tiada Pasangan

  • RM600

IV. Bujang / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyi anak serta mempunyai pendapatan di bawah RM2,500

  • RM350

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tarikh & jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 , anda boleh layari portal rasmi yang disediakan seperti di ruangan bawah . Selain itu , maklumat yang disampaikan di atas adalah berdasarkan daripada portal MySTR LHDNM.

  • Talian hotline STR Kementerian Kewangan : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • E-mel : str@mof.gov.my