BINGKAS : Bantuan Barangan Dapur RM300 Dikreditkan Setiap Bulan

Kongsi

Seperti yang kita lihat , pada tahun ini pelbagai jenis bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan yang dapat meringankan serba sedikit beban yang dihadapi oleh rakyat susulan harga barang yang semakin meningkat.

Antara bantuan yang disalurkan adalah bantuan keperluan seperti barangan asas serta lain – lain lagi. Melalui bantuan ini penerima yang layak akan menerima bayaran secara pengkreditan berbentuk dalam e-Wallet dengan kadar bayaran sebanyak RM300.

Baca juga : Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 Tahun 2024 Kini Dibuka ~ Mohon Sekarang !

PERINCIAN BINGKAS

Untuk pengetahuan anda semua , Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) ataupun dikenali sebagai bantuan barangan dapur ini telahpun diperkenalkan dan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor. Bantuan barangan dapur ini juga sudah dilaksanakan sejak pada tahun 2022 lagi.

Walaubagaimanapun , bukan semua rakyat yang layak kerana hanya pemohon yang menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun sahaja yang akan terima bayaran tersebut. Kerajaan negeri Selangor menyediakan insiaitf ini untuk meringankan sedikit beban keluarga dalam membuat perbelanjaan barangan dapur bulanan sebanyak RM300.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemilih yang telah berdaftar di Malaysia
  • Lahir serta menetap di negeri Selangor yang melebihi 10 tahun
  • Pendapatan bulanan adalah di bawah RM3,000

JUMLAH BANTUAN BINGKAS

Berita baik untuk semua penerima yang layak , Bantuan barangan dapur ini akan dikreditkan setiap bulan dengan kadar bayaran sebanyak RM300 dan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah RM3,600 dalam tempoh masa selama setahun bagi penerima yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan barangan dapur RM300 ini , anda boleh terus layari portal BINGKAS di https://bingkasselangor.com/.