Bantuan Khas Aidiladha MAIWP RM500 Mula Dikreditkan Hari Ini ~ Semak Sekarang !

Kongsi

Berita baik untuk anda semua , Bantuan Khas Aidildha RM500 mula dikreditkan hari ini melalui akaun bank masing – masing di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) . Jika diikutkan pembayaran tersebut mula di kreditkan pada 14 Jun 2024 sebagai untuk membuat persediaan sempena menjelangnya sambutan perayaan Aidiladha.

BANTUAN KHAS AIDILADHA MAIWP RM500

Menurut kenyataan daripada Datuk Mond Naim Mokhtar yang merupakan selaku Menteri Hal Ehwal Agama itu telah mengugumkan secara rasminya program pemberian bantuan kewangan berjumlah RM500 secara one-off. Dalam kenyataan tersebut , pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan kewangan.

Bantuan khas aidiladha RM500 ini akan diberikan khususnya kepada mereka yang terdiri daripada golongan asnaf , miskin , al Riqab dan Muallaf. Golongan tersebut yang merupakan menetap di kawasan Wilayah Persekutuan , Putrajaya serta Labuan. Salah satu tujuan utama bantuan ini dilaksanakan adalah untuk memeriahkan suasa perayaan bagi mereka dalam membuat sambutan.

Melalui program bantuan khas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini dijangkakan akan melibatkan seramai 32,000 penerima yang akan terima manfaat tersebut. Selain itu , peruntukan bagi sumbangan bantuan khas aidiladha ini melibatkan sebanyak RM16 juta hasil daripada kutipan zakat yang diterima.

Baca juga : BINGKAS , Bantuan Barangan Dapur RM300 Dikreditkan Setiap Bulan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan bagi Bantuan Khas Aidiladha MAIWP RM500 :

  • Miskin
  • Fakir
  • Muallaf
  • Al Riqab

TARIKH BAYARAN

Makluman untuk anda semua , tarikh bayaran bagi bantuan khas Aidiladha ini pada 14 Jun 2024 seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) .Penerima yang layak juga telah dinasihatkan untuk memastikan akaun bank yang didaftarkan adalah berstatus aktif.

JENIS BANTUAN YANG DISEDIAKAN MAIWP

Mungkin ramai yang masih tidak tahu berkenaan senarai bantuan yang disediakan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Oleh itu , antara skim bantuan yang disediakan adalah seperti bantuan tunai bulanan , bantuan pendidikan , bantuan tempat tinggal serta bantuan berdikari.

Bagi mengetahui maklumat lebih mendalam serta panduan cara untuk memohon , anda perlu rujuk laman web portal rasmi di MAIWP .

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui pelbagai jenis bantuan kerajaan yang disediakan pada tahun ini , anda boleh rujuk terus di portal DISINI bagi mengetahui senarai insiaitf yang boleh dimohon mengikut kelayakan.