Bantuan SKK RM1000 Secara Tunai Bagi Penerima STR 2024

Kongsi

SKK ataupun dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK) adalah merupakan salah saru insentif tambahan yang disediakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada penerima STR bagi tahun 2024. Makluman untuk anda semua , inisiaitif yang berbentuk kewangan ini merupakan sebahagian daripada program yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

BANTUAN TAMBAHAN SKK RM100

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan program skim bantuan kepada penerima STR pada tahun ini. Seperti yang kita tahun , skim ini juga telah dilaksanakan pada tahun lepas dan diteruskan lagi bagi tahun 2024.

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah salah satu skim bantuan kewangan yang berbentuk kewangan secara tunai melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Skim SKK ini telah disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang melibatkan kerjasam dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui belanjawan MADANI yang kedua. Berita baik untuk semua penerima STR ini kerana jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyaK RM1,000.

NOTA : Bantuan tambahan SKK ini adalah khas untuk penerima STR yang lulus tetapi telah meninggal dunia pada tahun yang sama. Tuntutan bantuan tunai ini boleh dilakukan dengan syarat mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti isi rumah serta warga emas yang tidak mempunyai pasangan (bujang).

Baca juga : Bantuan Khas Aidiladha RM500 Mula Dikreditkan ~ Semak Sekarang !

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKK

Berikut adalah merupakan syarat – syarat yang ditetapkan untuk membuat tuntuan bantuan tunai Skim Khairat Kematian (SKK).

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR yang terdiri daripada kategori (Isi rumah dan warga emas bujang yang tiada pasangan)
  • Penerima yang telah meninggal dunia pada tahun ini
  • Pasangan yang berstatus bukan warganegara Malaysia yang telah meninggal dunia tidak layak untuk membuat tuntutan bantuan tunai SKK
  • Waris yang telah didaftarkan layak untuk membuat tuntutan
  • Waris yang berdaftar dalam permohonan STR sahaja yang layak tuntut SKK

CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKK

Tuntutan bantuan SKK RM1000 ini boleh dikakukan melalui mana – mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara. Bagi memudahkan untuk mereka yang ingin membuat semakan permohonan serta dokumen – dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN sertakan sekali salinan
  • Kad pengenalan ataupun sijil lahir waris dan sertakan salinan
  • Dokumen yang membuktikan pertalian diantara waris dan simati.

Sebarang panduan kengkap mengenai bantuan tunai SKK boleh dirujuk melalui portal rasmi Skim Khairat Kematian 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh terus layari portal rasmi seperri yang disediakan di atas. Selain itu , jika anda ingin mengetahui pelbagai bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi tahun ini boleh rujuk DISINI .