Berita baik untuk semua , terdapat sebuah bantuan e-Wallet yang berjumlah RM100 boleh ditebus pada bulan ini. Perkara ini telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri , Dato ‘ Seri Anwar Ibrahim yang mana individu berumur 21 tahun dan ke atas layak untuk tebus bantuan tersebut.
Semasa bantuan itu diumumkan , kerajaan bersetuju untuk memberikan kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan tahunan di bawah RM100,000.
BANTUAN E-TUNAI
Apabila kita lihat bantuan e-Wallet pada sebelum ini , kerajaan hanya fokus kepada golongan belia dan pelajar universiti sahaja. Tetapi pemberian bantuan e-Wallet pada kali ini dibesarkan kepada golongan B40 & M40.
Menurut kenyataan perdana menteri Dato ‘ Seri Anwar Ibrahim , dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat yang akan terima manfaat tersebut melalui Bantuan e-Wallet Rahmah sebanyak RM100 ini.
JUMLAH BANTUAN
Kerajaan telah mengugumkan amaun yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 untuk setiap individu. Bantuan juga akan dilaksanakan menerusi e-Wallet yang didaftarkan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk tebus bantuan e-Wallet RM100 :
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tahunan di bawah RM100,000
CARA PEMBAYARAN
Pembayaran bantuan e-Wallet RM100 akan dilaksanakan melalui aplikasi yang sedia ada seperti :
- Boost
- TNG E-Wallet
- Setel
Hanya boleh membuat tebusan dengan menggunakan salah satu aplikasi sahaja seperti yang di atas.
TARIKH BAYARAN
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Steven Sim Chee Keong , “Bantuan e-Wallet RM100 akan diagihkan pada awal bulan Disember ini. Oleh itu , diharapkan rakyat untuk bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada bernama hari ini.
MAKLUMAT LANJUT
Selain bantuan e-Tunai , anda juga boleh lihat pelbagai jenis inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan merujuk DISNI .