Bantuan yang akan diterangkan adalah merupakan sebuah bantuan barangan dapur untuk diberikan kepada rakyat yang layak dengan pembayaran sebanyak RM300 sebulan.
Bantuan yang diterangkan seperti di atas adalah di bawah program BINGKAS yang akan disalurkan kepada rakyat setiap bulan bagi memastikan dapat meringankan serba sedikit dalam membuat pembelanjaan barangan dapur.
PERINCIAN
BINGKAS ataupun dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor merupakan bantuan yang akan dikreditkan ke dalam e-Wallet kepada pemohon yang lulus dalam membuat permohonan. Selain itu , bantuan ini akan disalurkan kepada 30000 keluarga penduduk Selangor sahaja.
MANFAAT BINGKAS RM300
Berikut adalah manfaat yang akan diterima oleh penerima yang layak terima bantuan ini :
- e-Wallet BINGKAS ini boleh digunakan di kedai ataupun pasaraya yang telah berdaftar
- Urusniaga adalah secara tanpa tunai
- Had bantuan diberikan sebanyak RM300 untuk membeli barangan keperluan asas
- E-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai setiap bulan dengan secara automatik
SYARAT KELAYAKAN
- Mestilah warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor serta menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan dengan usia di bawah 18 tahun
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan BINGKAS , anda boleh terus layari di laman web portal https://www.bingkasselangor.com/ .