Cara Membuat Kemaskini & Permohonan Baharu MySTR 2024

MySTR Tahun 2024 : Kemaakini & Pendaftaran Baharu telah dibuka untuk semua rakyat yang kurang berkemampuan. Pada bulan lepas Oktober , Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrhaim telah membetangkan bajet Belanjawan 2024 dengan memperkenalkan pelbagai inisiaitf bantuan kewangan untuk rakyat.



Salah satu bantuan tahun ini yang akan diteruskan lagi bagi tahun depan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dengan menambah baik jumlah bantuan sehingga RM3700 kepada penerima yang layak.


PERINCIAN STR 2024

Seperti yang diterangkan , Bajet belanjawan 2024 telah dibentangkan bagi peringkat persekutuan.

Antara bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Justeripu itu , pihak kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM10 bilion jika dibandingkan STR tahun ini hanya RM8 bilion yang diperuntukan untuk penerima.

JUMLAH BANTUAN

Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar maksimum sehingga RM3700 termasuklah dengan Sumbangan Asas Rahmah. Walaubagaimanapun , bukan semua penerima yang akan terima bayaran yang sama kerana pembayaran tersebut mengikut kategori yang ditetapkan.

TARIKH BAYARAN STR

Dalam penguguman yang disampaikan oleh Perdana Menteri , berkenaan tarikh bayaran bagi fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan dilaksanakan seawal bulan
  • Februari 2024
 NOTA : Buat masa kini , belum ada sebarang maklumat yang terperinci dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai jumlah bayaran mengikut fasa & kategori. Tetapi , sudah pasti kategori yang layak akan terima bayaran dengan maksimum sebanyak RM3700.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN & KEMASKINI

Kemaskini & Permohonan Baharu ini boleh dibuat 1 November 2023 seperti mana Perdana Menteri mengugumkan baru – baru ini. Anda hanya perlu membuat dengan secara atas talian melalui laman web portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kemaskini & permohonan baharu STR 2024 , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *