Permohonan Bantuan i-Sejahtera Berjumlah RM200 Untuk Golongan B40 Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !

Kongsi
Untitled 2

Berita baik kepada anda semua , kerajaan negeri telah memperkenalkan iSejahtera dengan penyaluran pelbagai bantuan kepada rakyat Pulau Pinang.


Program yang utama dalam sistem ini adalah Program Penghargaan Warga Emas serta akan diperluaskan lagi kebajikan ini kepada golongan seperti :

  • Program OKU
  • Program Ibu Tunggal
  • Program Bantuan “One-Off”
  • Program Anak Emas
  • Program Ibu Emas
  • Program Pelajar Emas

Sistem ini telahpun diguankan oleh orang awam , parlimen dan Pusat Khidmat (KADUN) , Pejabat Masyarakat Penyayang , Bahagian Perancang  Ekonomi Negeri (BPEN) dan Tanah (PDT) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) yang melibatkan urusan pendaftaran , permohonan , pengesaham permohonan , pembayaran dan pengemaskinian. 

PERINCIAN BANTUAN i-SEJAHTERA

Berikut merupakan bantuan yang boleh dimohon oleh rakyat menerusi program i-Sejahtera bagi tahun 2022 seperti :

  • Program Kemiskinan AES
  • Program Warga Emas
  • Program Anak Emas
  • Program Bantuan Ibu Tunggal
  • Program Ibu Emas
  • Program Bantuan OKU

KADAR BANTUAN i-SEJAHTERA

Di bawah adalah merupakan kadar bantuan yang disediakan melalui program i-Sejahtera bagi tahun 2022 : 

Pembayaran 1 Kali Setahun ;

  • Program Bantuan OKU : RM150
  • Program Penghargaan Warga Emas : RM150
  • Program Ibu Emas : RM100
  • Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100

Bayaran Secara “One-Off” ;

  • Khairat Kematian : RM1000
  • Program Anak Emas : RM200

CARA DAFTAR i-SEJAHTERA

Makluman anda semua, pendaftaran ini boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu sama anda ingin membuat pendaftaran secara atas talian ataupun daftar secara manual , di bawah kami akan kongsikan cara mendaftar i-Sejahtera menggunakan kaedah secara atas talian.

  • Layari laman web portal rasmi I-Sejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/
  • Pendaftaran secara manual pula anda boleh merujuk kepada semua pejabat Daerah , Pusat Khidmat Adun / Parlimen ataupun Pejabat Masyarakat Penyayang

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan sijil kelahiran salah seorang anak
  • Salinan kad pengenalan waris 
  • Saliann sijil kematian suami / dokumen perceraian ataupun dokumen yang berkaitan
  • Salinan muka depan buku bank ,/ penyata bank / cetakan pengesahan akaun yang memaparkan nama dan nombor akaun dengan jelas
  • Salinan semakan daftar memilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) – Untuk semakan boleh “KLIK DISINI

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-SEJAHTERA

Sebarang semakan status permohonan ini boleh dibuat menerusi sistem i-Sejahtera ataupun boleh hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04 – 650 5699 / 5700 ataupun Pejabat Daerah masing -masing.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan i-Sejahtera , anda boleh terus layari laman web di portal rasmi i-Sejahtera.

Leave a Comment