Bantuan STR RM100 Bagi Golongan Bujang Secara One – Off. Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 dan 2 telahpun selesai disalurkan pada bulan Januari dan April yang lepas.
Seperti yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan sebuah bantuan tahunan dan dilaksanakan secara berperingkat yang melibatkan empat kali pembayaran dalam tempoh masa setahun.
PERINCIAN STR
Pada tahun lepas , program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga telah dilaksanakan dan pada tahun ini juga masih diteruskan tetapi dengan penambah baikan dari segi kadar bayaran. Tahun ini merupakan tahun kedua dengan penambahan bantuan asas yang berjumlah sebanyak RM600 melalui SARA 2024.
STR FASA 3 2024
Setelah selesai sahaja bayaran STR Fasa 3 pada bulan april yang lepas ini dengan sebahagian wang bantuan tersebut sudah pasti mereka menggunakannya untuk membuat persiapan bagi menjelangnya Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024.
Pada kali ini , ramai dikalangan kita yang masih tertunggu dengan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3. Tetapi tarikh bayaran STR fasa 3 ini telahpun dikeluarkan di mana kerajaan akan salurkan bantuan kewangan tersebut pada bulan Ogos.
KADAR BAYARAN FASA 3
Buat masa sekarang , tiada sebarang maklumat rasmi lagi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai kadae bayaran STR Fasa 3 kerana masih terlalu awal lagi untuk diumumkan. Dijangkakan kadar bayaran ini akan diumumkan apabila dekat dengan tarikh pembayaran bantuan tersebut.
Apabila kita lihat pembayaran STR Fasa 3 bagi tahun 2023 yang lalu , kadar bayaran yang tertinggi disalurkan adalah sebanyak RM800 dan bayaran paling terendah yang diberikan adalah bejrumlah RM100 untuk golongan bujang.
TARIKH PEMBAYARAN
Pada baru – baru ini ramai dikalangan kita yang mengharapkan bayaran STR Fasa 3 ini disalurkan sebelum menyambut hari perayaan aidiladha. Hal ini dikatakan kerana dengan bantuan kewangan ynag diberikan itu mereka dapat menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membuat perbelanjaan sebagai persiapan meyambut hari perayaan
Walaubagaimanapun , tarikh str fasa 3 telahpun diumumkan yang akan disalurkan pada bulan Ogos 2024 ini. Diharapkan semua penerima str untuk bersabar dengan bayaran bantuan kewangan tersebut.
CARA PEMBAYARAN
Berikut adalah merupakan cara bayaran yang akan disalurkan dengan melibatkan 2 kaedah seperti
- Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang didaftarkan
- Jika tidak mempunyai akaun bank atapun mengalami masalah , bayaran akan disalurkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional
SEMAKAN STATUS
Sekiranya anda ingin membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah anda boleh terus layari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN di https://www.hasil.gov.my/en/ . Selain itu , jika ingin mengetahui bantuan kerajaan yang disalurkan pada tahun ini boleh rujuk DISINI.