Makluman untuk anda semua , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu insiaitf kerajaan yang berbentuk kewangan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Selain itu , bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.
Bayaran sumbangan ini adalah sama seperti pada tahun lepas di mana STR melaksanakan secara berfasa iaitu dari fasa 1 sehingga fasa 4 dalam tempoh masa selama setahun.
Baca juga : Bantuan STR RM100 Bagi Golongan Bujang Secara One – Off
SENARAI KATEGORI PENERIMA STR
Berikut adalah merupakan senarai kategori penerima STR yang telah ditetapkan :
- Isi rumah yang sudah berkahwin ( Berpendapatan di bawah RM5000)
- Warga emas sebatang kara (Berpendapatan RM5000 ke bawah)
- Individu bujang yang berumur 21 – 59 tahun (Pendapatan di bawah RM2,500)
- Individu bujang OKU berumur 19-59 tahun (Pendapatan di bawah RM2,500)
KADAR BAYARAN
I. Isi Rumah (Pendapatan Di Bawah RM2500)
- Tiada Anak : RM1000
- 1 – 2 Anak : RM1500
- 3 – 4 Anak : RM2000
- 5 Anak & Ke Atas : RM2500
II. Isi Rumah (Pendapatan Antara RM2,501 – RM5,000)
- Tiada Anak : RM500
- 1 – 2 Anak : RM750
- 3 – 4 Anak : RM1000
- 5 Anak & Ke Atas : RM1250
III. Warga Emas Sebatang Kara (Pendapatan Di Bawah RM5000)
- RM500
IV. Bujang & Bujang OKU (Pendapatan Di Bawah RM2,500)
- RM350
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3
Seperti yang kita tahu , bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 dan fasa 2 telahpun dilaksanakan pada bulan Januari dan April yang lepas. Manakala bagi bayaran Fasa 3 ini akan disalurkan pada bulan Ogos 2024. Walaubagaimanapun , sebarang tarikh yang akan diumumkan oleh pihak kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa .
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 , anda boleh terus rujuk laman portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.