Bantuan STR Fasa 3 Tahun 2024 : Semakan Status & Kadar Bayaran

Kongsi

Makluman untuk anda semua , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu insiaitf kerajaan yang berbentuk kewangan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Selain itu , bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

Bayaran sumbangan ini adalah sama seperti pada tahun lepas di mana STR melaksanakan secara berfasa iaitu dari fasa 1 sehingga fasa 4 dalam tempoh masa selama setahun.

Baca juga : Bantuan STR RM100 Bagi Golongan Bujang Secara One – Off

SENARAI KATEGORI PENERIMA STR

Berikut adalah merupakan senarai kategori penerima STR yang telah ditetapkan :

  • Isi rumah yang sudah berkahwin ( Berpendapatan di bawah RM5000)
  • Warga emas sebatang kara (Berpendapatan RM5000 ke bawah)
  • Individu bujang yang berumur 21 – 59 tahun (Pendapatan di bawah RM2,500)
  • Individu bujang OKU berumur 19-59 tahun (Pendapatan di bawah RM2,500)

KADAR BAYARAN

I. Isi Rumah (Pendapatan Di Bawah RM2500)

  • Tiada Anak : RM1000
  • 1 – 2 Anak : RM1500
  • 3 – 4 Anak : RM2000
  • 5 Anak & Ke Atas : RM2500

II. Isi Rumah (Pendapatan Antara RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada Anak : RM500
  • 1 – 2 Anak : RM750
  • 3 – 4 Anak : RM1000
  • 5 Anak & Ke Atas : RM1250

III. Warga Emas Sebatang Kara (Pendapatan Di Bawah RM5000)

  • RM500

IV. Bujang & Bujang OKU (Pendapatan Di Bawah RM2,500)

  • RM350

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3

Seperti yang kita tahu , bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 dan fasa 2 telahpun dilaksanakan pada bulan Januari dan April yang lepas. Manakala bagi bayaran Fasa 3 ini akan disalurkan pada bulan Ogos 2024. Walaubagaimanapun , sebarang tarikh yang akan diumumkan oleh pihak kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa .

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 , anda boleh terus rujuk laman portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.