Bantuan STR Fasa 3 : Bayaran Akan Dikreditkan Mulai 29 Ogos 2024

Kongsi

Berita baik untuk anda semua , kerajaan telah mengugumkan bahawa tarikh rasmi pembayaran bantuan STR Fasa 3 mula dikreditkan pada 29 Ogos 2024 dengan secara berperingkat.Hal ini merupakan seiring dengan minggu terakhir hari bekerja bagi bulan Ogos 2024 dengan sambutan hari kemerdekaan.

Seperti yang kita lihat , kerajaan pada masa kini berada di peringkat akhir dalam memproses data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan melibatkan seramai 8 juta penerima yang layak untuk terima bantuan STR 2024.

Melalui platform facebook rasmi kerajaan di bawah Kementeri Kewangan telah menyatakan bahawa tarikh pembayaran bantuan STR Fasa 3 akan dilaksanakan pada penghujung bulan Ogos 2024.

Baca juga : Bantuan Tambahan STR :Semak Jumlah Bayaran Sehingga RM600 Untuk Golongan Bujang

PERINCIAN STR 2024

Dalam usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan khususnya bagi mereka yang terdiri daripada golongan B40, kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pada pembentangan bajet belanjawan 2024 , kerajaan juga telah bersetuju untuk menambah baik jumlah kadar bayaran mengikut kategori yang telah ditetapkan dengan peruntukan daripada RM1.26 bilion kepada RM1.5 bilion bagi tahun ini.

Tambahan pula , bantuan kewangan ini dijangkakan akan memberikan manfaat kepada seramai 8.4 juta penerima yang akan terima bayaran antara RM100 sehingga RM650.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran bantuan STR Fasa 3 yang telah diumumkan oleh kerajaan :

  • STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • STR Fasa 2 : 3 April 2024
  • STR Fasa 3 : 29 Ogos 2024 ( Minggu terakhir Ogos )
  • STR Fasa 4 : November 2024

CARA SEMAKAN STATUS

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelayakan :

  • Sila layari portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Seterusnya , masukkan no Kad Pengenalan
  • Klik pada bahagjan butang ‘semak’ dan sahkan verifikasi
  • Masukkan password yang telah didaftarkan
  • Pada menu utama , sila tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  • Status permohonan anda akan dipaparkan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tarikh bayaran bantuan STR Fasa 3, anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ . Selain itu , melalui Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu siaran media telah menasihatkan khalayak orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan talian palsu lebih – lebih lagi mengenai STR .

Sila rujuk senarai talian scammer yang dikongsikan oleh siaran media penuh MOF :DI SINI