Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 3 Untuk Golongan Bujang ~ Semak Sekarang !

Kongsi

Untuk pengetahuan anda semua , kerajaan telah mengugumkan tarikh rasmi bayaran bantuan STR Fasa 3 pada semalam di mana bayaran tersebut mula dikreditkan pada 29 Ogos 2024 ini. Seperti yang kita tahu , kerajaan juga telah selesai melaksanakan bayaran bagi Str fasa 1 dan fasa 2 ke dalam akaun penerima masing – masing.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu program bantuan tahunan yang diperkenalkan oleh kerajaan dan akan melaksanakan bayaran secara berperingkat dengan mempunyai 4 fasa dalam masa setahun.

Baca juga : Bantuan STR Fasa 3 : Bayaran Akan Dikreditkan Mulai 29 Ogos 2024

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun kedua setelah program ini berjaya dilaksanakan pada tahun lepas. Selain itu , bantuan ini juga telah ditambah baik dengan melibatkan bantuan asas sehingga RM600 yang dikenali sebagai SARA.

BANTUAN STR FASA 3

Selesai sahaja bayaran bantuan STR Fasa 2 yang dikreditkan pada 3 April 2024 yang lalu. Sudah pasti daripada sebahagian wang yang diberikan itu digunakan untuk membuat perbelanjaan sempena menjlanv hari perayaan Aidilfitri.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori telah ditetapkan :

I. Isi Rumah (< RM2,500)

  • RM150 – RM650

II. Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)

  • RM150 – RM300

III. Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM150

IV. Bujang

  • RM50

TARIKH BAYARAN

Hanya berbaki bayaran STR Fasa 4 sahaja lagi yang akan dilaksanakan pada bulan November nanti. STR Fasa 3 pula dalam proses bayaran tidak lama lagi. Walaubagaimanapun , tarikh rasmi pun telah diumumkan di mana bayaran tersebut mula dikreditkan pada

  • 29 Ogos 2024

CARA PEMBAYARAN STR FASA 3

Untuk pengetahuan anda semua , pembayaran ini adalah sama seperti STR sebelum ini di mana terdapat 2 cara bayaran yang akan disalurkan seperti :

  • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank
  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh terima bayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAKAN STATUS

Semakan status ini boleh dibuat melalui layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ . Selain itu , anda boleh juga hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN yang berdekatan dengan tempat tinggal anda sekiranya terdapat perubahan maklumat jika dimaklumkan.