Seperti yang kita tahu , pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 juga telah disalurkan masing – masing ke dalam akaun bank penerima pada bulan Februari dan April. Namun begitu , kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik kadar bayaran dengan yang dikenali sebagai STR Tambahan sehingga RM600 untuk setiap penerima yang layak.
SARA
Bantuan tambahan STR yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga dikreditkan secara tanpa tunai menerusi Kad pengenalan penerima dalam pembelian barangan keperluan asas di kedai mahupun di pasaraya seluruh Malaysia yang telah didaftarkan.
PENERIMA DI SABAH , SARAWAK DAN SABAH
Bantuan SARA bagi penerima yang menetap di negeri Sabah , Sarawak dan Labuan akan disalurkan melalui wang tunai dan boleh ditebus melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) , Hal ini berbeza dengan penerima yang menetap di semenanjung akan dibayar secara dalam bentuk kredit.
Baca juga : Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Pembayaran ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali dalam masa setahun dan jumlah bayaran ini adalah berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan
I. Kategori Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600 (19 Februari)
- RM600 (12 Ogos)
II. Kategori Bujang
- RM300 (19 Februari)
- RM300 (12 Ogos)
SEMAKAN KELAYAKAN
Cara untuk mengetahui sama ada layak ataupun tidak adalah berdasarkan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu melalui rujuk kementerian data dan agensi kerajaan.
Anda boleh membuat semakan kelayakan melalui laman web portal rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/ .