Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu inisaitif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan agar dapat mengurangkan sedikit serba beban dalam membuat perbelanjaan barangan keperluan asas.
Makluman untuk anda semua , pembayaran tersebut adalah sama seperti pada tahun lepas yang akan dilaksanakan secara berfasa iaitu dari fasa 1 sehingga fasa 4.
Baca juga : Bantuan Tambahan STR 2024 Bagi Setiap Penerima Yang Layak
SENARAI KATEGORI PENERIMA STR 2024
Berikut adalah merupakan senarai kategori penerima STR :
- Isi rumah yang telah berkahwin dengan pendapatan di bawah RM5000
- Kategori warga emas sebatabg kara dengan pendapatan di bawah RM5000
- Individu bujang berumur 21 – 59 tahun dengan pendatan bulanan di bawah RM2500
- Individu bujang OKU berumur 19 tahun – 59 tahun dengan pendapatan bulanan di bawah RM2500
KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI
Berikut merupkan kadar bayaran mengikut kategori yang telah ditetapkan :
I) Isi Rumah ( Pendapatan bawah RM2,500)
- 5 Anak Ke Atas = RM2500
- 3 – 4 Orang Anak = RM2000
- 1 – 2 Orang Anak = RM1500
- Tidak Mempunyai Anak = RM1000
II) Isi Rumah ( Pendapatan antara RM2500 – RM5000 )
- Mempunyai 5 Anak Ke Atas = RM1250
- 3 – 4 Orang Anak = RM1000
- 1 – 2 Orang Anak = RM750
- Tiada Mempunyai Anak = RM500
III) Warga Emas Sebatang Kara ( Pendapatan Bawah RM5000 )
- RM600
IV) Bujang & Bujang OKU ( Pendapatan Kurang Dari RM2500 )
- RM350
PEMBAYARAN STR FASA 2 DIAWALKAN
Seperti yang kita tahu , pembayaran fasa 1 telahpun dilaksanakan dan selesai pada bulan Januari 2024 lepas.
Manakala , bagi fasa seterusnya iaitu fasa 2 dijangkakan akan diawalkan sebelum menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Walaubagaimanapun , kita sentiasa peka dengan maklumat – maklumat yang akan disampaikan dari semasa ke semasa.