Berita baik untuk anda semua , Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupu dikenali sebagai BINGKAS yang diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat ataupun Negeri ini adalah dengan tujuan untuk meringankan beban mereka.
Tujuan utamanya juga adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah dalam menjaga hal ehwal keluarga , mendidik serta membesarkan anak – anak.
TUJUAN BANTUAN BINGKAS
Program bantuan BINGKAS ini diperkenlkan adalah agar dapat meluaskan lagi capaian serta menambah baik Program Kasih Ibu Pintar Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Tunggal Smart Selangor (KISS IT) agar dapat memberikan manfaatny kepada golongan ibu.
Dalam bantuan ini sasaran untuk pemberian bantuan BINGKAS adalah melibatkan 30,000 keluarga dengan melibatkan bantuan sebanyak RM300 yang akan diberikan setiap bulan untuk membeli barangan keperluan harian.
SYARAT DAFTAR BANTUAN BINGKAS
Permohonan ini akan dibuka untuk mereka yang :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di negeri Selangor serta menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdftar di Selangor
- Mempunyai tanggungan anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah
- Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM3000 untuk setiap bulan
CARA MOHON BANTUAN BINGKAS ONLINE
Sebarang permohonan ini anda boleh rujuk di bawah yang kami akan kongsikan mengenai cara – cara untuk membuat permohonan :
- Layari laman web portal rasmi https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
- Masukkan nombor telefon anda
- Pastikan isi ruangan kosong dengan lengkap
- Sila hantar permohonan