Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2

Kongsi
Untitled 1

Pada tahun 2023 ini , kita pun telah diumumkan oleh kerajaan mengenai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dilaksanakan untuk diberikan kepada penerima yang layak bagi mengikut kategori.


Perlaksanaan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah dengan secara berfasa, maksudnya Bantuan ini tleah dipecahkan kepada 4 fasa dan setiap fasa dilaksanakan ini kadar bayaran yang berbeza.Perkara ini juga sama seperti bantuan – bantuan yang lepas seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1

Seperti yang kita tahu , bantuan ini sepatutnya dilaksanakan pada bulan Mac 2022 tetapi kerajaan telah awalkan kepada 17 Januari 2023. Bantuan STR Fasa 1 juga dikatakan sudah selesai untuk dikreditkan kepada penerima – penerima STR yang layak. 

Dalam pembayaran ini kebanyakan adalah tidak serentak , mungkin pemegang kad bank BSN yang akan terima dahulu ataupun disebaliknya. Perkara tersebut adalah tidak serentak untuk dikreditkan kepada penerima yang layak.

Penerima – penerima yang layak ini khususnya untuk golongan bujang serta warga emas akan menerima bantuan sebanyak RM100 manakala untuk kategori isi rumah pula bakal terima bayaran berjumlah RM300.

TARIKH PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 2

Mungkin ramai dikalangan kita akan menanti dengan tarikh pembayaran bantuan STR bagi Fasa 2. Walaubagaimanapun , buat masa sekarang tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai penguguman tarikh pembayaran STR Fasa 2.

Antara sebab kenapa perkara ini masih awal untuk diumumkan kerana seperti mana yang kita tahu bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 baru sahaja diumumkan dan dilaksanakan.

Tetapi jangan risau tarikh pembayaran untuk bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 ini akan dilaksanakan dalam masa 3 bulan akan datang , perkara ini dilihat daripada jadual BKM 2022 yang lepas di mana setiap 3 bulan akan dilaksanakan bantuan BKM.

Jadi jika 3 bulan akan datang yang dimaksudkan , berkemungkinan besar perlaksanaan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 ini akan dilaksanakan pada bulan April 2023. Tetapi perkara ini hanyalah sekadar jangkaan sahaja.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS STR 2023

Di bawah ini kami akan kongsikan mengenai cara – cara untuk membuat semakan status STR 2023 :

  • Anda boleh semak status kelayakan bayaran STR mulai 17 Januari 2023
  • Sila layari laman web portal rasmi di 
  • Kemduian klik Log Masuk STR agar dapat membuat semakan lebih lanjut

LANGKAH – LANGKAH UNTUK LOG MASUK STR

Untuk pengetahuan anda semua , data – data MySTR ini sdalah dirujuk berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pendaftaran MySTR

  • Sila klik MySTR dan pastikan no MyKad adalah merulakan penerima STR Fasa 1
  • Seterusnya , masukkan maklumat keselamatan dengan betul dan tepat
  • Masukkan kata kunci keselamatan dan kata laluan
  • Tahniah ,pendaftaran anda telahpun berjaya

NOTA TAMBAHAN

Jika anda menghadapi masalah iaitu terlupa kata laluan dan gagal untuk menjawab soalan – soalan keselamatan yang diberikan sebanyak 3 kali, ID MySTR anda akan disekat dengan jangka masa dalam 24 jam.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 , anda boleh terus hubungi BKK LHDNM di talian hotline 1-800-88-2747 .

Leave a Comment