Senarai Kategori Penerima Bayaran MySTR 2024

Kongsi
Untitled 1

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan inisiaitf yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan agar dapat membantu meringankan beban dalam menjalani hari – hari mereka dengan memerlukan barangan keperluan seperti barangan dapur.



Kerajaan juga telah mengugumkan bahawa bayaran bantuan STR akan dilaksanakan secara berfasa bagi tahun 2024. Apabila kita lihat bayaran tersebut adalah sama dengan bantuan sebelum ini yang akan disalurkan secara berfasa dari fasa 1 hinga 4.


PERMOHONAN BAHARU 

Makluman untuk anda semua , proses kemaskini maklumat dan membuat permohonan baharu telah dibuka semenjak 1 November 2023 yang lepas. Salah satu tujuannya adalah perubahan status perkahwijan , bilangan anak , penukaran nombor akaun bank serta lain – lain yang berkaitan.

Bagi permohonan baharu pula untuk mereka yang belum pernah membuat permohoman dan tidak pernah menerima bantuan STR sebelum ini.

SENARAI KATEGORI PENERIMA STR 2024

Berikut adalah merupakan senarai kategori penerima yang ditetapkan oleh kerajaan :
  • Isi rumah yang telah berkahwin (Pendapatan di bawah RM5000)
  • Warga emas sebatang kara (Pendapatan di bawah RM5000)
  • Individu bujang berumur antara 21 – 59 tahun
  • Individu bujanf OKU berumur 19 – 59 tahun (Pendapatan di bawah RM2500)

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI STR

I) Isi Rumah (Pendapatan Di Bawah RM2,500)
  • Tiada Anak : RM1000
  • 1 – 2 Anak : RM1500
  • 3 – 4 Anak : RM2000
  • 5 Anak Ke Atas : RM2500
II) Isi Rumah (Pendapatan Antara RM2,501 – RM5,000)
  • Tiada Anak : RM500
  • 1 – 2 Anak : RM750
  • 3 – 4 Anak : RM1000
  • 5 Anak Ke Atas : RM1250
III) Warga Emas Sebatang Kara (Pendapatan Di Bawah RM5,000)
  • RM600
IV) Bujang & Bujang OKU (Pendapatan Di Bawah RM2,500)
  • RM350

MAKLUMAT LANJUT

Sekkiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembayaran mengikut kategori Sumbangan Tunai Rahmah (STR) , anda boleh terus layari laman web portal rasmi STR di  https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

Leave a Comment