Senarai 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Bagi Semua Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang !

Kongsi

 AVvXsEgb26aT7v4lVP6YxJFDFMf2PN9U MwOyFrdGndF1pgdIlTw En4k2SyDj7fAWAr0r4l6 osymiK1tatdX8RQivzDnQlWvvyjTcsuohhu yDk0f3nsbnS76olgRvwVjbT2165YZP xJ0Fx0CkZyuMmnpdMSagWr7cryMLfZV9G AIq15sw0JZ1DxM0Oz=w640 h384

Seperti yang kita lihat , pada baru-baru ini pengeluaran I-Citra dan -Sinar telah dilaksanakan dan telah dikreditkan ke dalam akaun bank masing -masing semua pencarum yang berjaya dalam membuat permohonan. Namun begitu , masih terdapat jenis-jenis pengeluaran KWSP yang boleh dilakukan melalui pengeluaran akaun 1 dan akaun 2.


JENIS PENGELUARAN KWSP

Untuk pengetahuan anda semua , pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini telah dibahagikan kepada dua iaitu Pengeluaran Penuh dan Pengeluaran Sebahagian .

Di bawah adalah merupakan jenis pengeluaran penuh yang boleh dimohon :

  • Pengeluaran penuh semasa anda berumur 55 tahun 
  • Pengeluaran penuh semasa anda berumur 60 tahun
  • Pengelauran penuh bagi yang kehilangan upaya
  • Pengeluaran penuh bagi kes kematian
  • Pengeluaran penuh bagi pekerja pencen dan pesara pilihan
  • Pengeluaran penuh bagi yang meninggalkan negara

image

Di bawah adalah merupakan jenis pengeluaran sebagahian yang boleh dimohon :

  • Pengeluaran sebahagian semasa berumur 50 tahun
  • Pengeluaran sebahagian bagi tujuan pendidikan
  • Pengeluaran sebahagian untuk perumahan PRIMA
  • Pengeluaran sebahagian untuk pembinaan rumah
  • Pengeluaran sebahagian bagi menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  • Pengelauran sebahagian untuk asuran bulanan bagi pinjaman perumahan
  • Pengeluaran sebahagian untuk perumahan fleksibal
  • Pengeluaran sebahagian untuk menaikkan haji
  • Pengeluaran sebahagian yang bertujuan untuk kesihatan
  • Pengeluaran sebahagian bagi seseorang yang mempunyai simpnan melebihi 1 Juta ringgit

image

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti berikut :

Pengeluaran KWSP kepada golongan yang berumur 50,55 dan 60 tahun

I. Ahli merupakan pencarum KWSP yang sah

II. Pencarum yang berumur 50-54 tahun

III. Pencarum yang berumur 50-59 tahun

IV. Pencarum yang berumur mencapai 60 tahun

V. Ahli kwsp yang mempunyai simpanan

Pengeluaran yang bertujuan untuk membina rumah ataupun membeli rumah 

I. Pencarum yang belum mencapai 55 tahun

II. Pencarum yang mempunyai simpanan minimum RM500,000 pada akaun 2

Pengeluaran yang bertujuan menaik haji

I. Pengeluaran bagi menampung perbelanjaan asas sahaja bukan menampung kos keseluruhan haji

Pengeluaran bagi kes kematian

I. Pencarum yang mempunyai akaun simpanan pada akaun 2

II. Pengeluaran penuh oleh waris apabila berlakunya kematian kepada pencarum ataupun ahli 

Pengeluaran bagi yang meninggalkan negara

I.  Warganegara Malaysia yang telah dilucutkan warganegaranya yang bertujuan untuk berhijrah

II. Mereka yang telah diberhentikan kerja dan telah meninggalkan negara Malaysia bagi golongan yang bukan warga negara

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan jenis pengeluaran KWSP yang boleh dimohon , anda boleh terus hubungi di talian hotline KWSP 03-8922 6000

Leave a Comment