Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 “One-Off”

Kongsi

Untitled 1

Kerajaan telah memperkenalkan satu insiatif bantuan kewangan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merupakan strategi kerajaan untuk meningkatkan semula ekonomi negara. 


Inisiatif yang diperkenalkan adalah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) kepada rakyat yang hilang sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19. Penerima yang layak menerima Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah berdasarkan data KWSP atau PERKESO pada tahun 2021.

image

Dalam Pakej PEMULIH , kerajaan telah menyediakan banyak bantuan kewangan kepada rakyat yang terjejas seperti , Bantuan Khas Covid-19 (BKC) , Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) serta lain-lain lagi.

Perlaksanaan pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM17.1 Bilion serta dapat memanfaatkan seramai 1 juta ahli yang hilang sumber pendapatan akibat sepanjang pandemik Covid-19 di negara kita.

KADAR BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

Penerima bantuan BKP ini akan menerima bayaran pada bulan Oktber sebanyak 

  • RM500 “One-Off”

CARA MOHON

Buat masa kini , tiada sebarang permohonan untuk Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) tetapi penerima yang layak adalah berdasarkan data KWSP atau PERKESO agar memastikan setiap individu yang layak dapat menerima bantuan kewangan 

TARIKH PEMBAYARAN BKP

Untuk pengetahuan anda semua , Bantuan Kehilangan Pendapatan sebanyak RM500 akan disalurkan pada bulan Oktober 2021 . Namun begitu , kita perlu tunggu tarikh rasmi daripada penguguman Menteri Kewangan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) , anda boleh rujuk di laman web rasmi https://www.mof.gov.my/ .

 

3 thoughts on “Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 “One-Off””

Leave a Comment