Apabila bulan Setpember sudah berakhir , penerima i-Citra mesti akan tertanya-tanya berkenaan tarikh pembayaran i-Citra bagi bulan Oktober 2021. Ramai sudah penerima membuat semakan status baru-baru ini untuk menerima pembayaran i-Citra pada Oktober.
Pembayaran i-Citra bagi bulan Oktober akan dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing yang mana sama seperti pembayaran i-Sinar sebelum ini. Dengan mempunyai jadual pembayaran i-Citra penerima dapat membuat perancagan awal sebelum menerima pembayaran i-Citra.
TARIKH BAYRAN I-CITRA
Penerima yang lulus dalam permohonan i-Citra akan menerima bayaran bagi bulan kedua iaitu bermula pada
- 1 Oktober 2021 (Jumaat)
CARA BUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN I-CITRA
Semakan ini anda boleh lakukan melalui laman web rasmi I-Citra. Di bawah kami akan kongsikan cara-cara untuk membuat semakan status pembayaran i-Citra :
- Anda perlu layari laman web rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Seterusnya , anda perlu tekan butang “Semak Status”
- Pastikan anda mengisi segala maklumat yang diperlukan
- Status pembayaran akan dipaparkan
JADUAL PEMBAYARAN I-CITRA MENGIKUT (JADUAL BULANAN)
Untuk pengetahuan anda semua , dengan penyediaan “Monthly Recurring Start Date ” yang ada pada i-akaun KWSP dapat mengetahui tarikh penerimaan bayaran i-Citra.
- Tarikh bayaran adalah sama seperti pada pembayaran bulan pertama (Sekiranya anda menerima bayaran bulan pertama pada 3 September maka pembayaran bagi bulan Oktober akan dikreditpada tanggal 3 Oktober dan seterusnya )
- Maksimum adalah tempoh 2 minggu atau
- Sebelum akhir bulan berkenaan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pembayaran i-Citra , anda boleh terus hubungi di talian hotline Khas I-Citra 03 – 8922 4848 .