Semakan Tarikh & Bayaran Bagi Kategori Bujang / Keluarga Untuk BPR Fasa 3

Kongsi

AVvXsEi5PS u1t26POa8yTnCnKzB23sB8sYSHjXgd5cWzie8TTFAqDsKoLw IoZPA8uzTTMD6Ph3Y MzwqeR5ia5NqhG Lf2db5HrlccvFMiTd4pcKcKk6BEuMdtXNwOrccQuj 99eOteN6gJnZxAAW1i B0vHjn3qCQg90qrs6YPMeV3AeCMDjmHjWH6OLe=w640 h384


 

Buat masa kini , mesti ramai yang akan tertanya-tanya bilaka tarikh pembayaran BPR Fasa 3 ke dalam akaun penerima yang layak.


Di bawah ini kami akan kongsikan tarikh semakan status serta maklumat pembayaran dan baki bayaran yang bakal diterima oleh penerima yang layak.

PERINCIAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Pada pembentangan belanjawan 2021 yang lepas , Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah mmperkenalkan satu inisiaitf yang akan memberikan manfaat kepada rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Inisiatif yang telah diperkenalkan adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Makluman anda semua , bayaran BPR telah dilaksanakan dengan keseluruhan sebanyak 3 fasa tetapi fasa 1 dan fasa 2 telah dibayar sebelum ini.

image

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3

Bagi penerima bpr fasa 3 dijangkakan akan menerima bayaran pada bulan September 2021 .

image

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEEGORI

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran bpr fasa 3 yang akan diterima oleh penerima mengikut kategori :

Kategori Keluarga 

  • RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2500 serta mempunyai 1 orang anak
  • RM1100 bagi isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2500 serta mempunyai 2 orang anak dan ke atas
  • RM200 bagi isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 serta mempunyai kurang dari 1 orang anak
  • RM600 bagi isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 serta mempunyai 2 orang anak dan ke atas
  • RM100 bagi isi rumah yang berpendapatan RM4001 hingga RM5000 serta mempunyai kurang dari 1 orang anak
  • RM200 bagi isi rumah yang berpendapatan RM4001 hingga RM5000 serta mempunyai 2 orang anak dan ke atas

image

Kategori Bujang 

Untuk pengetahuan semua , bagi kategori bujang pula tidak akan menerima bayaran pada fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun BPR berjumlah RM350 pada fasa 1 dan fasa 2.

image

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR FASA 3

Berikut adalah langkah-langkah yang ditunjukkan untuk membuat semakan status bayaran :

  • Sila layari laman web portal rasmi di https://bpr.hasil.gov.my;
  • Login dengan menggunakan ID ataupun kata laluan
  • Seterusnya tekan butang “Semakan Status”
  • Status bayaran akan dipaparkan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan tarikh bayaran bpr fasa 3 , sila hubungi LHDNM di talian hotline 1-800-88-2747

3 thoughts on “Semakan Tarikh & Bayaran Bagi Kategori Bujang / Keluarga Untuk BPR Fasa 3”

Leave a Comment