Semakan Status & Tarikh Bayaran STR Fasa 4 Tahun 2023

Kongsi
Untitled 1

Makluman untuk anda semua , pembayaran bantuan STR bagi Fasa 4 tidak lama lagi akan dibayar oleh kerajaan mengikut kategori yang telah ditetapkan.



PERINCIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan sebuah inisiatif yang berkonsep payung rahmah dengan tujuan dalam membantu golongan yang kurang mampu. Hal ini dikatakan kerana ekonomi sara hidup yang tinggi sekarang akan memberikan kesan kepada rakyat yang kurang berkemampuan.


Seperti yang kita lihat pada tahun ini , kerajaan telah berjaya kreditkan bayaran STR Fasa 1 pada bulan Januari , Fasa 2 pada bulan April serta Fasa 3 pada bulan Jun yang lepas.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Tahun 2023 telah dilancarkan oleh kerajaan MADANI. Bantuan ini kerajaan telah umumkam di mana isi rumah yang layak akan terima bantuan maksimum sebanyak RM2,500.

Dengan adanya bantuan STR ini akan kebih memberikan manfaat kepada rakyat memerlukan serta dapat meringankan beban dalam menjalani kehidupan seharian.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah pembayaran yang terakhir dan menjadikan STR telah selesai dilaksanakan pada tahun ini.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4

Mesti ada yang akan tertunggu – tunggu dengan pembayaran Fasa 4 , Kerajaan telah menetapkan bayaran tersebut akan mula dikreditkan pada bulan 
  • Novmber 2023
Walaubagaimanapun, pembayaran STR Fasa 4 ini berkemungkinan besar akan diawalkan sama seperti tarikh bayaran Fasa 3 sebelum ini.

BAYARAN MENGIKUT JADUAL BANK

Jika kita dapat lihat sebelum ini , pembayaran STR Fasa 1 sehingga Fasa 3 biasanya dikreditkan lebih awal 2 – 3 hari daripada tarikh rasmi yang sebenar. Selain itu , isi rumah yang memegnag Bank Simpanan Nasional (BSN) juga turut terima bayaran lebih awal.

JUMLAH BANTUAN STR MENGIKUT KATEGORI

Berikut merupakan jumlah bantuan STR mengikut kategori yang ditetapkan :

1. Kategori Isi Rumah (B40 & Miskin) Berpendapatan Bulanan Di bawah RM2,5000
  • Tidak Mempunyai Anak : RM400
  • Mempunyai 1-2 Anak : RM600
  • Mempunyai 3 – 4 Anak : RM900
  • Mempunyai 5 Anak & Ke Atas : RM1,200
2. Kategori Isi Rumah (M40) Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000
  • Tidak Ada Anak : RM150
  • 1 – 2 Anak : RM200
  • 3 – 4 Anak : RM400
  • 5 Anak & Ke Atas : RM500
3. Warga Emas Sebatang Kara (Berumur 60 Tahun & Ke Atas)
  • Terima Bayaran : RM300
4. Bujang & Bujang OKU
  • Terima Bayaran Sebanyak : RM200

Leave a Comment