Berita baik untuk semua pencarum KWSP kerana pengeluaran simpanan sebanyak RM5000 kini dibenarkan. Seramai 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengeluarkan simpanan mereka di bawah program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)
Dengan FSA2 yang diperkenlkan oleh KWSP ini membolehkn anda dapat membuat pengeluaran simpanan KWSP yang minimum sebanyak RM3,000 serta maksimum berjumlah RM50,000.
PENGELUARAN SIMPANAN KWSP (FSA2)
Salah satu tujuan KWSP memperkenalkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) ini adalah untuk membolehkn ahli membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Berumur 50 tahun ataupun 55 tahun agar dapat membantu ahli dalam mendapatkan pembiayaan daripada institusi perbankan.
Pengeluaran ini juga membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang mereka ada pada dalam simpanan akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran tersebut hanya boleh dibuat melalui pihak insitutsi perbankan sekiranya ahli telah capai usia 50 tahun sehingga 55 tahun.
Walaubagaiamanapun , ahli yang berjaya membuat pengeluaran simpanan KWSP melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) ini perlu membayar ansuran bulanan seperti yang telah dimaklumkan oleh institusi perbankan .
JUMLAH AMAUN YANG BOLEH DIKELUARKAN
Berikut adalah jumlah amaun yang dibenarkan oleh KWSP melalui simpanan akaun 2 :
SYARAT YANG DITETAPKAN UNTUK PENGELUARAN KWSP
Berikut merupakan syarat yang diperlukan agar permohonan pengeluaran simpanan akaun 2 diluluskan :
- Terbuka kepada semua ahli KWSP yang belum capai usia 55 tahun
- Warganegara Malaysia
- Permohonan adalah hanya sekali sahaja
- Permohonan tersebut tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
- Permohonan akan dibuk dalam masa tempoh 12 bulan dari tarikh perlaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
- Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam simpanan Akaun 2 KWSP
- Amaun makaimum bagi pengeluaran bersyarat adalah tidak melebihi RM50,000
- Amaun pengeluaran akan sibayar kepada institusi perbankan apabila hli telah capai usia 50 – 55 tahun
- Memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon
CARA MOHON PENGELUARAN SIMPANAN KWSP RM5000
Terdapat 3 cara untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP dengan secara atas talian melalui institusi perbankan :
1. Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP menerusi laman web portal raami institusi perbankan yang mengambil bahagian.
2. Ahli boleh membuat permohonan pembiayaan peribadi menerusi portal institusi perbankan dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan
3. Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Berumur 50 Tahun ataupun 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan , dengan melibatkan berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran simpanan KWSP yang dibenarkan melalui FSA2 , anda boleh terus layari laman web portal KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home ataupun anda boleh terus ke pautan https://fsa2.kwsp.gov.my/ .