RASMI : Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Tahun 2024

Kongsi

Tarikh baharu yang telah diumumkan oleh kerajaan berkenaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3. Pembayaran STR fasa 1 dan 2 ini kerajaan telah berjaya laksanakan dengan mengkreditkan bantuan kewangan ke dalam akaun penerima STR masing – masing.

Seperti yang kita lihat pada baru – baru ini , ramai di kalangan kita yang mengharapkan bayaran STR Fasa 3 dikreditkan sebelum menyambut hari perayaan Aidiladha. Hal ini demikian kerana dengan bayaran bantuan tersebut dapat mengurangkan kos perbelanjaan mereka dalam membuat persiapan sebelum menjelangnya hari raya Aidiladha.

Makluman anda semua , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah merupakan salah satu bantuan tahunan yang disediakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada penerima yang layak. Melalui bantuan ini kerajaan akan melaksanakan bayaran secara berperingkat yang melibatkan 4 kali pembayaran dalam masa setahun seperti yang telah ditetapkan.

Baca juga : Bantuan Tambahan SKK RM1000 Secara Tunai Untuk Penerima ST 2024

PERINCIAN STR

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini dengan penambah baikan daripada segi kadar bayaran mengikut kategori yang ditetapkan. Selain itu , terdapat juga penambahan bantuan asas sebanyak RM600 yang disediakan oleh kerajaan iaitu dikenali sebagai SARA.

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kita lihat ini lebih memfokuskan kepada setiap kategori seperti isi rumah , bujang ataupun individu yang tidak mempunyai pasangan yang terdiri daripada kategori miskin tegar , B40 serta M40.

STR FASA 3

Setelah selesai sahaja pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang telah dilaksanakan pada 3 Apirl yang lalu kita dapat lihat dengan bantuan kewangan yang disalurkan itu sudah pasti mereka menggunakannya untuk membuat perbelanjaan sebagai persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berita baik untuk anda semua , kerajaan telah mengugumkan bahawa tarijh bayaran STR fasa 3 akan disalurkan pada bulan Ogos 2024. Oleh itu , diminta semua penerima STR untuk sentiasa sabar menunggu bayaran tersebut,

KADAR BAYARAN DIJANGKAKAN SEHINGGA RM800

Buat masa ini , tiada sebarang maklumat rasmi daripada pihak kerajaan mengenai jumlah bayaran STR Fasa 3. Hal ini dikatakan kerana masih awal untuk diumumkan. Apabila lihat pembayaran sebelum ini khususnya bagi STR fasa 3 jumlah tertni disalurkan adalah sebanyak RM800 dan paling trendah adalah RM100 iaitu untuk golongan bujang.

JADUAL BAYARAN STR

Pada bantuan STR tahun ini , hanya berbaki 2 fasa sahaja lagi iatu fasa 3 dan 4 yang akan disalurkan pada bulan Ogos serta hujung tahun ini. Bagi fasa 1 dan 2 pula telahpun disalurkan masing – masing pada bulan Januari dan April yang lepas.

Dijangkakan bayaran bagi fasa 4 antara Oktober sehingga Disember 2024 nergantung daripada pihak kerajaan yang mengugumkan. Manakala STR fasa 3 pula telah diumumkan bahawa tarikh bayaran ini akan dikreditkan pada bulan Ogos 2024.

CARA PEMBAYARAN

Berikut adalah merupakan cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 :

  • Pembayaran STR akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima STR masing – masing
  • Penerima yang tidak mempunyai akaun bank ataupun tidak aktif , bayaran akan disalurkan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAKAN STATUS STR

Sekieanya anda ingin membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) , anda boleh terus layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .