RASMI : Permohonan & Pendaftaran Program Rumah PPRT Seluruh Malaysia Tahun 2022

Kongsi
Untitled 2

Pada tahun 2022 ini, perlbagai bantuan yang telah dilancarkan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Untuk mereka yang terlepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun diperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau yang lebih dikenali sebagai PPRT.  Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yanbg ingim membina rumah baharu atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.


PENGENALAN PPRT

Tujuan utama Program PPRT ini diperkenalkan adalah bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membina atau membaik pulih rumah agar dapat tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

BANTUAN PPRT

Permohonan bantuan PPRT ini akan diberi keutamaan kepada golongan yang berikut :

  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang memiliki tanggungankeluarga yang ramai
  • Mangsa Bencana Alam berskala kecil
  • Orang Kelainan Upaya – OKU
  • Kawasan Daerah dan Negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi

KATEGORI RUMAH PPRT

Terdapat 2 kategori yang disediakan iaitu :

1) BINA BARU

Bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan kepada pemohon yang tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.

2) BAIK PULIH

a) Ini melibatkan 3 elemen penting iaitu :

  • Penyelenggaraan
  • Requisition
  • Penambah Baikkan
b) Syarat program baik pulih rumah :
  • Mendapat surat kebenaran bagi mereka yang menumpang tapak tanah milik dari pemilik
  • Pemohon yang memiliki rumah usang atau kerosakan disebabkan bencana dan masih boleh diperbaiki

CARA-CARA MEMOHON BANTUAN RUMAH PPRT 2022 – SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

  • Anda perlu layari Portal Rasmi eSPKR – https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
  • Sila tekan butang “Program Perumahan Rakyat Termiskin” pada halaman utama
  • Lengkapkan maklumat anda di ruang yang telah disediakan
  • Setelah seesai, klik “Hantar Permohonan”

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenaik bantuan ini, anda boleh hubungi melalui cara berikut :

  • Talian Khas : 03 8000 8000
  • E-mel : info@ruralink.gov.my

Leave a Comment