Terdapat segelintir di kalangan kita pada masa kini tertanya – tanya dengan jumlah bayaran BKM Fasa 4 yang bakal diterima bagi mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti Isi arumah , Bujang , Warga Emas serta Penerima Rayuan.
Di bawah ini kami akan kongsikan maklumat terperinci untuk buat semakan kekayakan pembayaran yang akan diterima oleh setiap kategori dan jadual bayaran BKM 2022.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bagi Tahun 2022
- Pengeluaran KWSP Secara Bersasar Ini Bakal Dilaksanakan Pada Akhir Tahun 2022
- Bantuan Kewangan Kerajaan RM600 Untuk Keluarga Malaysia Tahun 2022 ~ Semak Sekarang !
Fasa 1
- Bayaran pada 28 Mac 2022 dengan secara berperingkat manakala pada 30 Mac 2022 pula merupakan bayaran tunai di cawangan BSN
Fasa 2
- Pembayaran mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
Fasa 3
- Bayaran ini telah diawalkan iaitu bermula pada 15 November 2022
INFO TERBAHARU
Melalui daripada pemerhatian di laman sosial Facebook terdapat segelintir rakyat sudah mula dikreditkan bermula pada hari ini . Penerima yang telah dikreditkan ini adalah merupakan pemegang kad bank BSN kerana pembayaran bantuan BKM ini selalunya bank BSN sahaja yang merupakan bayaran yang paling awal.
*
KADAR BAYARAN BKM FASA 4
Berikut adalah merupakan jumlah bayaran BKM Fasa 4 2022
1. Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 59 Tahun dan ke bawah
Pendapatan di bawah RM2,500
- RM300 (Tiada Anak)
- RM600 (1 – 2 Orang Anak)
- RM800 (3 orang anak dan ke atas)
2. Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 Tahun dan ke atas (Warga Emas)
Pendapatan di bawah RM2,500 :
- RM300 (Tiada Anak)
- RM600 (1 – 2 Orang Anak)
- RM900 (3 Orang Anak dan ke atas)
3. Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak Menepati Syarat :
Pendapatan di bawah RM2,500 :
- RM600 (1 – 2 Orang Anak)
- RM900 (3 Orang Anak dan ke atas)
Pendapatan antara RM2,501 – RM5000
- RM200 (1-2 Orang Anak)
- RM300 (3 Orang anak dan ke atas)
4. Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) Berumur 60 Tahun & Ke Atas Serta Tiada Anak
Pendapatan di bawah RM5,000
- RM150
JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4 UNTUK PENERIMA RAYUAN
Berikut merupakan kadar bayaran yang bakal diterima oleh penerima rayuan BKM Fasa 4 :
CARA MEMBUAT SEMAKAN BKM FASA 4
Kami akan kongsikan langkah – langkah di bawah untuk membuat semakan BKM Fasa 4 seperti berikut :
- Log masuk di https://bkm.hasil.gov.my/
- Sila klik pada bahagian “Semakan Status”
- Paparan kelayakan ini akan ditunjukkan
- Anda boleh klik pada maklumat bayaran untuk melihat status pembayaran
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran BKM 2022 , anda boleh terus layari di laman web portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/.