Untuk pengetahuan anda semua , baru sahaja sidang media khas perdana menteri , Datuk Ismail Sabri Yaakob telah mengugumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000.
Menurut katanya , kebenaran pengeluaran KWSP RM10,000 ini adalah selepas kerajaan mendengar , meneliti serta mengkaji permintaan daripada rakyat di Malaysia.
Ismail Sabri Yaakob telah mengatakan juga bahawa keputusan ini adalah merupakan yang sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Walaubagaimanapun , beliau telah menjelaskan bahawa kerajaan sedia maklumkan pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini adalah jalan tengah dalam untuk mengimbangi sama ada keperluan mendesak pada hari ini dan simpanan masa depan.
Dalam masa yang sama juga , perdana menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob mengharapkan untuk semua pencarum membuat keputusan yang baik dan mengekalkan simpanan mereka melainkan keperluan mendesak sahaja.
“Walaupun hari ini kerajaan telah mengugumkan bahawa kebenaran pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini , Namun saya merayu kepada semua pencarum untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mengekalkan simpanan dan membuat pengeluaran KWSP sekiranya betul – betul mendesak.
” Saya juga berharap semua pencarum dapat membuat pertimbangan dengan sewajarnya sebelum membuat pengeluaran KWSP RM10,000 demi masa depan “. Menurut katanya perdana menteri pada sidang media khas.
Hari tua3 nk jd pm kene tengok pada hari ini adakah rakyat hidup selesa atu dblenggu hutang… Klu rasa x mampu menjaga kpentingan rakyat letak jwatan bg laluan yg lebih peka dan lebih mementingkan rakyat yg susah.. pm skarang blh digelar bapa kedekut dan pmikiran sempit