Permohonan Rumah Sewa PPR Bagi Golongan B40 Serendah RM124 Sebulan

Kongsi

Untitled 1

Berita baik kepada anda semua khususnya golongan B40 , permohonan rumah sewa Projek Perumahan Rakyat ataupun dikenali sebagai PPR masih dibuka untuk membuat permohonan mengikut negeri yang layak. 

Projek Perumahan Rakyat ataupun PPR ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan tempat tinggal bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan yang rendah (B40) . Kementerian Perumahan , Jabatan Perumahan Rakyat dan Kerajaan Tempatan adalah merupakan agensi bagi projek-projek rumah PPR di Malaysia.


JENIS RUMAH PPR DI MALAYSIA

I. Rumah PPR Disewa

  • ProjekPerumahan Rakyat atau PPR dapat meringankan beban mereka yang mempunyai pendpaatan rendah dengan menyewakan serendah RM124 Sebulan setelah diperkenalkan pada Februari 2002. 
II. Rumah PPR Dimiliki
  • Rumah PPR Dimiliki boleh didapat dengan harga sebanyak RM42,000 bagi seunit di Semenanjung Malaysia manakala Rumah PPR Dimiliki dengan harga RM35,000 bagi seunit di Sabah & Sarawak
  • Rumah PPR Dimiliki yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah dapat mempunyai rumah sendiri

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Untuk pengetahuan anda semua , kedua-dua rumah PPR yang dibina di bawah program PPR Disewa dan PPR Dimiliki akan dibentuk dengan melibatkan kos perumahan yang rendah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan.

  • Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres 
  • Kawasan bandar besar adalah jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Keluasan adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi 
  • Binaan rumah – 1 ruang tamu , 1 ruang dapur , 2 bilik air dan 3 bilik tidur

Kemudahan Asas Yang Disediakan :

  • Gerai Makan 
  • Surau 
  • Tadika 
  • Kemudahan OKU
  • Dewan Komuniti 
  • Rumah Sampah
  • Taman Permainan

Anda boleh rujuk senarai projek Rumah PPR di laman web rasmi https://teduh.kpkt.gov.my/project

SYARAT PERMOHONAN 

Berikut merupakan syarat – syarat yang perlu dipatuhi sekiranya ingin membuat permohonan :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 setiap bulan 
  • Pemohon yang belum lagi mempunyai rumah sendiri 

CARA MOHON RUMAH PPR

I. Secara Manual

II. Secara Atas Talian
  • Pemohon yang ingin membuat permohonan secara atas talian boleh dilakukan melalui laman web rasmi di https://teduh.kpkt.gov.my/ . Sebelum itu , pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/ dengan melengkapkan borang yang diberikan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Rumah Sewa PPR , anda boleh terus rujuk maklumat yang kami akan berikan di bahagian bawah :

image

2 thoughts on “Permohonan Rumah Sewa PPR Bagi Golongan B40 Serendah RM124 Sebulan”

Leave a Comment