Untuk makluman anda semua , bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran anda ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Swasta / Awam (IPTA/IPTS) untuk memasuki ke IPT Seluruh Malaysia dan diiktiraf kerajaan buat kali pertama , anda dinasihatkan untuk membuat permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT sehingga RM2,000 “One-Off” (BUDI) .
Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT telah dibuka dan tarikh tutup pada 30 Oktober 2021. Permohonan ini juga boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu mohon secara manual atau mohon secara atas talian.
PERINCIAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT
Bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off (BUDI) adalah merupakan slaah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas , Sabah dalam mebantu pelajar untuk melanjutkan pengajian ke lebih tinggi buat pertama kali ke IPT/IPTS .
Inisiatif ini diperkenalkan bertujuan untuk meringankan ibu bapa para pelajar khususnya yang terdiri daripada golongan B40 yang mempunyai pendapatan rendah.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :
- Terbuka kepada semua pelajar IPT/IPTS
- Pelajar yang tidak melebihi daripada 25 tahun ke atas
- Pelajar yang teridiri daripada golongan B40 (Pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000)
- Pelajar yang tidak layak menerima tajaan
- Pengesahan kemasukan ke IPT perlu disertakan dalam dokumen
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup bagi permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara “one-off” (BUDI) adalah seperti berikut
- 31 Oktober 2021
CARA MOHON
Permohonan ini boleh dilakukan melalui laman web rasmi di https://budi.sabah.gov.my
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan permohonan bantuan pendaftaran IPT secara “one-off” (BUDI) , anda boleh terus hubungi di talian hotline 088 369 865 (Puan Rosni Leong) .