Permohonan Rumah PPR 2022 Dengan Kadar Sewaan Serendah RM124 Sebulan ~ Mohon Sekarang !

Kongsi

AVvXsEhZggIIiFaxCCR9k6pFLR HtFfSD1eAWnsFXj2r9CIt ZUb7MAHPcLT7MsirxZJOFGZ6NbtlB83UAXrIosePK 1zECInasvM5Lm74QIVT js KxN vTEVh2vFJzvEtwtGWUmvRJE0pFqeJFJfPx2qqOcI ypMYly6HV2APSmA0Z01sYe9nItIzs7sVk=w640 h384

PERINCIAN PPR

Program Perumahan Rakyat ataupun dikenali sebagai PPR adalah merupakan sebuah perumahan yang terkenal di negara ini . Program Perumahan Rakyat adalah hasil projek kerajaan untuk memberikan tempat kediaman kepada golongan yang berpendapatan rendah.


KATEGORI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Untuk pengetahuan anda semua , hanya 2 kategori sahaja Program Perumahan Rakyat (PPR) yang akan disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah menjadikan perlaksanaan projek PPR di negara ini.

1. PPR Dimiliki

PPR Dimiliki ini diperkenalkan oleh kerajaan adalah untuk memastikan dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri tanpa membayar rumah sewa.

Program Perumahan Rakyat (PPR)  menggunakan perancangan serta reka bentuk perumahan kos yang rendah setelah ditetapkan dalam standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangas (C1S2).

2. PPR Disewa

PPR Disewa ini telah diperkenalkan oleh kerajaan bermula Februari 2022 dengan bertujuan dapat membantu golongan yang berpendapatan untuk menyewa rumah PPR.

JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang perlu di bayar mengikut kategori PPR yang telah dimohon :

I. PPR Dimiliki

Kadar bayaran rumah PPPR Dimiliki adalah sebanyak

  • RM 35,000 seunit (Semenanjung)
  • RM42,000 seunit (Sabah & Sarawak)

II. PPR Disewa

Kadar bayaran untuk rumah PPR Disewa adalah sebanyak 
  • RM124 sebulan

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Sebelum membuat permohonan rumah PPR , anda perlu tahu ciri-ciri rumah PPR yang akan ditawarkan :

PPR Kawasan Pinggir Bandar

  • Jenis rumah teres
PPR Kawasan Bandar Besar
  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
Keluasan
  • Keluasan adalah tidak melebihi daripada 700 kaki persegi
Kemudahan 
  • Kemudahan yang akan diberikan adalah seperti Surau , Kemudahan OKU , Dewan Komuniti , Kawasan Permainan , Tempat Pembuangan Sampah dan Tadika
Pembinaan 
  • Mempunyai 1 ruang dapur , 1 ruang tamu , 2 bilik air dan 3 bilik tidur

SYARAT KELAYAKAN

Di bawah kami akan kongsikan syarat kelayakan yang diperlukan untuk membuat permohonan Prgoram Perumahan Rakyat (PPR) :
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

CARA MOHON

Di bawah kami akan kongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan :

  • Layari laman web portal rasmi SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/
  • Log masuk dengan menggunakan butiran yang telah didaftarkan
  • Pastikan anda memilih skim mengikut kelayakan anda
  • Seterusnya anda perlu lengkapkan maklumat pemohon
  • Pilih projek
  • Muat naik dokumen sokongan

Leave a Comment