Tahukah anda semua , kerajaan telah menyediakan sebuah Skim Pinjaman Perumahan kepada khsusunya golongan yang berpendapatan rendah agar dapat membantu mereka untuk memiliki rumah pertama mereka.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk membuat permohonan bina rumah atas tanah sendiri :
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 70 tahun
- Pemohon dan pasangan belum mepunyai rumah
- Bukan kakitangan kerajaan ataupun pesara (termasuk pasangan)
- Memiliki tanah sendiri atau tanak milik ahli keluarga yang terdekat
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
SYARAT PINJAMAN
- Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun ataupun sehingga umur 70 tahun
- Had Pinjaman Maksimum RM60,000.”0 (tidak termasuk perlindungan insuran)
- Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran , Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
PAKEJ PINJAMAN 2 GENERASI
- Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 tahun hingga 35 tahun , berpendapatan minimum RM1000,00 dan bukan kakitangan kerajaan
- Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
- Generasi ke 2 mesrilah anak kandung kepada pemohon
SYARAT – SYARAT CAGARAN TANAH
- Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman
- Mencagar tanah milik peminjam ataupun tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah
- Bagi tanah milikan secara pajakan , perlu mematuhi syarat berikut :-
- I. Tempoh pajakan tanah adalah mesti sekurang kurangnya 40 tahun
- II.. Pasti mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri
SYARAT – SYARAT PEMBINAAN RUMAH
- Diberi pilihan bagi menggunakan pelan – pelan disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) sahaja
- Rumah teres sesebuah setingkat keluasan lantai 700 – 1000 kaki persegi, sekurang – kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air , rusng tamu dan dapur
- Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
- Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
- Perlantika kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut :-
- I. Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN ;
- II. Mempunyai Pendaftaran Syarikat dan Perakuan Pendaftaran CIDB Yang masih sah ;
- III. Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
- IV. Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
CARA MOHON BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan bina rumah atas tanah sendiri :
Anda perlu mendapat borang permohonan – DISINI
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan rumah atas tanah sendiri , anda boleh menghubungi di talian hotline 03-8000 8000 & emel : spp@kpkt.gov.com .