Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Sehingga RM2,000 Secara “One-Off”

Kongsi

 Untitled 2

Untuk makluman anda semua , bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran anda ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Swasta  / Awam (IPTA/IPTS) untuk memasuki ke IPT Seluruh Malaysia dan diiktiraf kerajaan buat kali pertama , anda dinasihatkan untuk membuat permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT sehingga RM2,000  “One-Off” (BUDI) .


Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT telah dibuka dan tarikh tutup pada 30 Oktober 2021. Permohonan ini juga boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu mohon secara manual atau mohon secara atas talian.

PERINCIAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT

Bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off (BUDI) adalah merupakan slaah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas , Sabah dalam mebantu pelajar untuk melanjutkan pengajian ke lebih tinggi buat pertama kali ke IPT/IPTS . 

Inisiatif ini diperkenalkan bertujuan untuk meringankan ibu bapa para pelajar khususnya yang terdiri daripada golongan B40 yang mempunyai pendapatan rendah.

image

image

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :

  • Terbuka kepada semua pelajar IPT/IPTS
  • Pelajar yang tidak melebihi daripada 25 tahun ke atas
  • Pelajar yang teridiri daripada golongan B40 (Pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000)
  • Pelajar yang tidak layak menerima tajaan 
  • Pengesahan kemasukan ke IPT perlu disertakan dalam dokumen

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup bagi permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara “one-off” (BUDI) adalah seperti berikut

  • 31 Oktober 2021

CARA MOHON

Permohonan ini boleh dilakukan melalui laman web rasmi di https://budi.sabah.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan permohonan bantuan pendaftaran IPT secara “one-off” (BUDI) , anda boleh terus hubungi di talian hotline 088 369 865 (Puan Rosni Leong) .

Leave a Comment