Untuk pengetahuan anda semua , NADMA adalah merupakan salah satu sebuah Agensi Pengurusan Bencana Jabatan Perdana Menteri Kerajaan. Agensi ini ditubuhkan adalah berfungsi sebagai membantu rakyat yang terjejas dengan sumber pendapatan disebabkan pandemik Covid-19 yang terus menular di negara kita.
Jika anda pernah dijangkiti daripada Covid-19 yang menular di negara kita , anda boleh membuat permohonan bantuan melalui NADMA. Permohonan yang lulus akan menerima bantuan secara “One-Off”.
Di bawah kami akan kongsikan maklumat yang lebih lanjut mengenai cara untuk membuat permohonan melalui NADMA.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan NADMA akan diberikan bagi mereka yang menjalani rawatan di wad hospital yang telah dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jumlah bantuan NADMA adalah sebanyak :
- RM100 Sehari (Selama 14 Hari)
- Pembayaran adalah secara “One-Off”
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk permohonan bantuan NADMA :
- Warganegara Malaysia
- Bekerja tetapi kehilangan pendapatan
- Tidak diberikan gaji sepanjang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian bagi kontak rapat
PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
Berikut adalah merupakan permohon yang tidak layak untuk membuat permohonan NADMA :
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian bagi kontak rapat Covid-19
- Diberikan gaji semasa dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatin bagi kontak rapat Covid-19
CARA MOHON
Kami akan kongsikan borang permohonan untuk bantuan NADMA di ruangan yang disediakan di bawah :
I. Anda perlu muat turun dokumen-dokumen melalui laman web rasmi NADMA
- (Lampiran A) Borang Bantuan Khas Covid-19
- (Lampiran B) Borang Akuan Kehilangan Pendapatan
- Lampiran (C) Surat Perwakilan Kepada Pewaris “Sekiranya tiada akaun Bank”
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan borang yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian bagi kontak rapat Covid-19
- Borang permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti lampiran A di atas
- Borang akaun kehilangan pendapatan seperti lampiran B di atas
SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19
Anda boleh membuat semakan status bantuan khas Covid-19 melalui laman web rasmi di :
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN NADMA
Makluman anda semua , pembayaran bantuan NADMA akan dilaksanakan melalui kaedah Electric Fund Transfer (FET).