Permohonan Bantuan Khas Taska JKM Di Bawah Pakej Pemulih Sebanyak RM3000 Secara “One-Off”

Kongsi

Untitled 1


 

PERINCIAN BANTUAN KHAS

Program bantuan khas Taska JKM adalah merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan di Pakej Pemulih yang lepas. Tujuan bantuan khas Taska JKM diperkenalkan adalah untuk membantu memudahkan pengurus Taska dalam mematuhi Panduan Pencegahan (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak MK.


JUMLAH BANTUAN KHAS TASKA JKM

Berikut adalah merupakan bantuan khas Taska JKM yang akan diberikan seperti : 

  • Bantuan sebanyak RM3000 adalah bagi Taska Institusi , tempat kerja , rumah serta
  • Bantuan sebanyak RM800 adalah Taska bertempat di rumah 

SYARAT KELAYAKAN

Maklumat di bawah menunjukkan kategori TASKA yang layak untuk membuat permohonan bantuan khas 

I. Taska Institusi

  • Menerima 10 kanak-kanak ataupun lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan daripada agensi swasta ataupun Badan Bukan Kerjaan (NGO)
II. Taska Tempat Kerja
  • Menerima 10 kanak-kanak ataupun lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan daripada majikan untuk menjaga kebajikan pekerja
III. Taska Komuniti
  • Menerima 10 kanak-kanak ataupun lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan daripada komuniti untuk memberi manfaat kepada keluarga yang berpendatan rendah di bandar serta luar bandar
IV. Taska Rumah 
  • Meneri 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Kerja dijalankan di rumah sendiri

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan Khas Taska JKM dibuka bermula : 

  • 19 Julai – 31 Ogos 2021

CARA MOHON

Ikuti langkah-langkah di bawah sekiranya ingin membuat permohonan tersebut.

  • Pertama Sekali , Pengusaha Taska perlu dapatkan borang permohonan daripada pihak JKM serta layari laman web rasmi JKM di  Borang Permohonan
  • Pengusaha Taska perlu membuat kemas kini pada sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NDCC).
  • Pengusaha Taska perlu sentiasa memastikan segala dokumen-dokumen yang di hantar adalah telah disahkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat
  • Membuat janji temu untuk mengemukakan dokumen permohonan

CARA BAYARAN

Untuk pengetahuan anda semua , pembayaran ini akan dilaksanakan pindahan wang secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke dalam akaun atas nama Taska

MAKLUMAT LANJUT 

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan bantuan Khas Taska JKM , Sila hubungi di talian hotline 03-8323 1996 .

1 thought on “Permohonan Bantuan Khas Taska JKM Di Bawah Pakej Pemulih Sebanyak RM3000 Secara “One-Off””

  1. wah 3k plak untuk taska.tak payah post la yg 100 pun xdpt ni 3k plak.jd yg layak ni untuk taska.jd org mcm kami ni yg di arah dduk ruma je tinggal tggu mati je la ea.nasib aku dduk dekat dgn kampung2 boleh la cari lauk mancing ikan masuk kebun org amek pisang amek sayo.dan ini bukan kemahuan aku.ada pukimak2 ni bila dpt bantuan bkn belanja utk keluarga depa pegi main judi kat hp main judi online.kesian anak bangsa kita hancur.sy mohon tolong musnah kan apps or website judi

Leave a Comment