Permohonan Bantuan Kewangan RM1,000 Untuk Anak Yang Lahir Bermula Tahun 2020 ~ Mohon Sekarang !

Kongsi
Untitled 1

Makluman untuk anda semua , Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita , Kanak – Kanak serta Kesejahteraan Komuntiti telah memperkenalkan sebuah simpanan khusus bagi anak – anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS).


EFS juga adalah merupakan salah satu simpanan bagi anak – anak kelahiran dalam membantu anak – anak Sarawak sebagai persediaan yang awal sekiranya anak mereka melanjutkan pelanaran ke pangajian yang lebih tinggi.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

JUMLAH BANTUAN EFS

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk Bantuan EFS :

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Sarawak
  • Kedua ataupun salah seorsng daripada ibu atau bapa yang memegang MyKad berstatus “K” serta Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran ataupun dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran

KATEGORI ANAK ANGKAT

  • Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah
  • Kedua ataupun salah satu daripada ibu atau bapa angkat yang memegang MyKad berstatus “K”

CARA MOHON BANTUAN EFS

Di bawah kami akan terangkan cara untuk membuat permhohonan Bantuan EFS :

  • Anda boleh mendapatkan borang permohonan EFS “ DISINI
  • Salinan sijil lahir bayi
  • Salinan MyKad / Biometrik ibu ataupun bapa yang berstatus “K”

Salinan hendaklah disahkan oleh pegawai JPN

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan Bantuan EFS , Anda boleh terus layaru di laman web portal rasmi https://isarawakcare.sarawak.gov.my/ ataupun hubungi KPWKK di talian 082-442050.

Leave a Comment