Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sebanyak RM350 Untuk Bujang

Kongsi

 AVvXsEgmFUgEEDpbtcGW3B0MoXwy8GbSkTxCjB27FdDwFwgFG3WSP7exu8Uw6mXLNGNrymamuY7aJfGcJZVuxjAD0A2iJGwl0vZATf1Y YvkgOEutP1zlvoqCCDH15QGWwkdmPdhUJs91WZbjEIigaNHKI43aSVzP MiucfkT BtbDd2YO0skMopP7LpqsIs=w640 h384

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan khas kepada golongan yang memerlukan. Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban dan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.


KADAR BANTUAN

Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang akan diberikan kepada golongan Bujang:
  • Bantuan sebanyak RM 350 kepada bujang yang berpendapatan RM 2,500 dan kebawah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan bantuan ini:
  • Bagi bujang atau ibu bapa tunggal/ balu/ janda/ duda dan tidak mempunyai anak
  • Bagi mereka yang berumur 21-59 tahun 
  • Pendapatan bagi bujang adalah RM 2,500 dan kebawah

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN 

Bagi Pembayaran Bantuan BKM 2022 ini, sehingga kini, belum ada lagi tarikh yang terperinci yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

CARA-CARA PERMOHONAN

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM. Bagi penerima yang sedia ada dan mempunyai sebarang perubahan maklumat, proses kemaskini perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BKM 

Permohonan baharu serta proses pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula:
  • 1 Januari 2022 

image

MAKLUMAT LEBIH LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, anda boleh terus menghubungi di talian hotline laman web Kementerian Kewangan Malaysia budget.mof.gov.my

1 thought on “Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sebanyak RM350 Untuk Bujang”

Leave a Comment