Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan khas kepada golongan yang memerlukan. Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban dan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
KADAR BANTUAN
Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang akan diberikan kepada golongan Bujang:
- Bantuan sebanyak RM 350 kepada bujang yang berpendapatan RM 2,500 dan kebawah
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan bantuan ini:
- Bagi bujang atau ibu bapa tunggal/ balu/ janda/ duda dan tidak mempunyai anak
- Bagi mereka yang berumur 21-59 tahun
- Pendapatan bagi bujang adalah RM 2,500 dan kebawah
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN
Bagi Pembayaran Bantuan BKM 2022 ini, sehingga kini, belum ada lagi tarikh yang terperinci yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
CARA-CARA PERMOHONAN
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM. Bagi penerima yang sedia ada dan mempunyai sebarang perubahan maklumat, proses kemaskini perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN BKM
Permohonan baharu serta proses pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula:
- 1 Januari 2022
MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, anda boleh terus menghubungi di talian hotline laman web Kementerian Kewangan Malaysia budget.mof.gov.my
Mohdsamsul Alias bin ibrahim