Berita baik untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak jagaan yang berumur di bawah 18 tahun , anda diperlawakan untuk membuat permohonan bantuan kewangan Skim Bantuan Kanak – Kanak (BKK) bagi Tahun 2022 minimun RM150 sehingga maksimum sebanyak RM1000 untuk setiap keluarga yang layak.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Bantuan Khas RM150 Dikreditkan Bermula September 2022 Untuk Golongan Bujang ~ Semak Sekarang !
- Bantuan Khas Merdeka RM700 & RM350 Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang !
- Bayaran Bantuan Kewangan RM8000 Dikreditkan Pada September 2022 ~ Semak Sekarang !
PERINCIAN SKIM BANTUAN KANAK – KANAK (BKK)
Pengetahuan anda semua , Bantuan Kanak – Kanak (BKK) bagi tahun 2022 ini adalah sebuah banyak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyediakan bantuan khas kewangan untuk setiap keluarga yang layak , penjaga serta kanak – kanak.
Menerusi Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun telah mengugumkan bantuan ini telah dikenaikan dengan kadar jumlah bantuan sehingga RM1000 jika dibandingkan dengan sebelum ini hanya sebanyka RM450.
JUMLAH BANTUAN KANAK – KANAK (BKK)
Jumlah minimum adalah sebanyak RM150 bagi sebulan sehingga maksimum dengan kadar bayaran sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan adalah seperti berikut :
- RM200 seorang anak yang berumur di bawah 6 tahun
- RM150 seorang anak yang berumur 7 tahun sehingga 18 tahun
- Kadar maksimum adalah sebanyak RM1000 / keluarga untuk sebulan
TUJUAN BANTUAN KANAK – KANAK (BKK)
I. Menerusi bantuan ini dapat untuk membantu keluarga dalam menjaga anak – anak dengan harmoni serta meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak – kanak mengikut peringkatnya.
II. Dapar membantu memelihara serta memperkukuhkan institusi kekuarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna untuk kanak – kanak termasuklah kasih sayang dan perhatin yang cukup.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara Malaysia
2. Keluarga yang memberi jagaan kepada anak – anak dengan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
3. Kanak – kanak berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
CARA MOHON
Kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan Bantuan Kanak – Kanak (BKM) seperti :
- Layari laman web portal rasmi https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik pada bahagian “Daftar Permohonan Atas Talian”
- Isi kedua – dua borang A dan B dengan info serta maklumat anda yang terkini
- Seterusnya , klik pada bahagian “KEPUTUSAN”
BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan ini anda boleh dapat di ruangan bawah yang kami akan sediakan :
1. JKM 18 Borang Permhonan Bantuan
2. JKM 20 Bkrang Kaji Semula Bantuan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kanak – Kanak (BKK) , anda boleh terus hubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000.