Pengetahuan anda semua , Menteri Kewangan iaitu Dato ‘ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ini telah mengugumkan secara rasminya bahawa terdapat sebuah bantuan yang diperkenalkan untuk warga emas ataupun dikenali sebagai bantuan kebajikan orang tua yang telah ditambahbaik daripada RM350 kepada RM500 untuk setiap seorang yang layak.
Makluman anda semua , bantuan ini juga telah diuruskan oleh pijak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat. Objektif utama bantuan ini diberikan adalah untuk memastikan dapat meneruskan kelangsungan dengan sejahtera.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang disediskan di bawah ini :
- Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 Untuk Penjawat Awam
- Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLMKM) RM250 Untuk Rakyat Malaysia
- TERKINI : Bantuan Barangan Dapur Berjumlah RM300 Untuk Isi Rumah Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah yang tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa ataupun PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalina JKM
CARA MOHON
Permohonan ini anda perlu pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda serta membawa borang yang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang Yang Diperlukan
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan sijil kelahiran anak – anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa dan anak yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (Sekiranya ada)
- Dokumen – dokumen yang berkaitan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan bantuan warga emas , anda boleh terus hubungi pihak JKM di talian hotline 03 – 8000 8000.