Permohonan Bantuan e-Wallet RM300 Untuk Perbelanjaan Barangan Dapur Tahun 2024

Kongsi

Terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah disalurkan kepada yang layak dan memerlukan. Antara bantuan yang disediakan ini adalah berbentuk barangan keperluan seperti barangan asas serta lain – lain lagi.

Terdapat juga sebuah bantuan e-Wallet yang berjumlah sebanyak RM300 bagi sebulan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan agar dapat meringankan serba sedikit dalam membuat perbelanjaan barangan dapur.

Baca juga : Pengeluaran Simpanan Akaun 1 KWSP Yang Dibenarkan Bagi Bulan Jun 2024

PERINCIAN BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) ataupun dikenali sebagai bantuan barangan dapur ini merupakan bantuan yang disediakan setelah diumumkan oleh Menteri Besar Selangoe serta perlaksanaan mulai pada tahun 2022 yang lepas.

Bantuan ini juga adalah salah satu inisiaitf kerajaan negeri Selangor dalam membantu ketua keluarga dengan pemberian bantuan bulanan sebanyak RM300.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan barangan dapur ini juga akan dilaksanakan dengan setiap bulan iaitu sebanyaj RM300 dan menjadikan keseluruhannya dalam setahun adalah berjumlah RM3,600 bagi setiap isi rumah yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk bantuan BINGKAS ini adalah seperti :

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Pemikih berdaftar di Malaysia
  • Lahir ataupun menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Isi rumah yang mempunyai tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Pendalatan bulanan adalah di bawah RM3,000

CARA MOHON BINGKAS

Sekiranya anda telah memenuhi kriteria yang diperlukan ini , permohonan bantuan BINGKAS ini boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/ralat .

Leave a Comment