Kuala Lumpur : bekas Perdana Menteri , Dato Seri Mohd Najib Tun Razak telah membuat penegasan terhadap kerajaan untuk menyeru menaikkan lagi had pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kemudahan i-Citra sehingga RM10,000 secara “One-Off” yang merupakan skim pengeluaran yang terakhir.
Beliau juga telah berkata , pengeluaran wang KWSP RM10,000 “one-off” amat dituntut oleh rakyat di seluruh Malaysia akibat terjejas dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai di kalangan rakyat hilang pekerjaan , kurang sumber pendapatan dan hilang sumber pendapatan.
BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
“Pada pademik Covid-19 yang baru melanda di negara kita ,saya juga pernah mencadangkan kepada kerajaan untuk membenarkan pencarum membuat pengeluaran wang KWSP melalui akaun 2 sebagai langkah untuk merancakkan kembali ekonomi dengan lebih sistematik. Dalam masa yang sama , kerajaan juga telah disambut dengan baik cadangan saya dan telah dilaksanakan melalui program i-Lestari dalam Pakej Prihatin” Menurutnya dalam satu kenyataan rasmi.
PENGELUARAN WANG KWSP RM10,000 AKAUN 1
“Saya juga telah mendapati bahawa ramai di kalangan rakyat Malaysia telah mendesak kerajaan untuk melaksanakan skim pengeluaran terakhir sebanyak RM10,000 melalui i-Citra. Mereka berbuat sedekimian adalah kerana mereka mempunyai bil tunggakan yang banyak ataupun ingin mengumpul modal untuk memulakan bisnes kecilan”
“Oleh itu, di sini saya berharap agar kerajaan melaksanakan skim pengeluaran terakhir wang KWSP RM10,000 secara “one-off” dilaksanakan dengan segera kerana perkara ini telah dituntut oleh rakyat Malaysia” Menurutnya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada hari isnin.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga telah mengatakan , ketegasan beliau untuk memperjuangkan isu mengenai pengelauran skim terkahir RM10,000 “one-off” adalah sesekali tidak menarik populariti tetapi beliau memahami kesusahan rakyat yang dialami sekarang.
Pada jumaat yang lepas , Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa membentangan Bajet 2022 pengeluaran simpanan KWSP RM10,000 secara “One-Off” tidak dibentang dalam belanjawan tersebut.
Tolong la…bil api dah nk kena potong ni..
Jadi ada good news sdhkah pasal Kwsp Rm10k one off ni? Lambat juga ni nak uruskan. Rakyat tengah sengsara ni skrg.
sy betul² perlu duit ne nak keja pun susah dapat sebab umur dah 42,
Sekarang ni ramai rakyat terjejas teruk,,nk bayar hutang bermacam lagi nk bayar tu 🙏🙏
Pengeluaran 10K secara one off dari akaun 1 kwsp amat ditunggu kelulusannya . Jujur saya katakan saya memang dah TOTAL kosong wang saku ..
Terimakasih
Asyik keluar pasal pengeluaran kwsp je tapi tak de good news pun..dulu sblm ada covid19 meniaga lah tapi nak cari modal balik nak meniaga pun susah dah😪
Balik2 keluar ni news tp masi juga tiada confirmation pasal Kwsp Rm10k one off. Lambat betul kena approve. Duit sendiri pun susah mau kasi kluar. Rakyat tengah sengsara ni…. Tolonglah bagi kelulusan Rm10k kwsp one off dengan segera.
Saya lagi lah suami dh bebulan x kerja…dengan bil api air tertunggak belom bayar….minta tlong sgt2…percepatkn rm10k tu..on off…kami sekeluarga betul terdesak nk guna duit tu….bkn saya jee…seluruh rakyat malaysia mmg amat2 memerlukan duit tu..
Memotarium utk.rumah dh habis bulan ni…bisnes belum ok..mcmana nk bayar …bglah kami keluar 10k utk kami memperjuangkan hidup ni dgn duit kami sendiri..
Bila lah nk confirmation pengeluaran kwsp .org tgh tnggu duit sendiri ni..tambahan lg kena Di berhentikan keja..nk rolling
Harap kerajaan akan meluluskan buat kali terakhir ini. Kami rakyat Malaysia amat terjejas akibat wabak COVID ini. Kami memerlukan Wang ini supaya dapat menjelas kan segala hutang & membantu menstabilkan ekonomi rumah tangga kami.
harap kerajaan dapat membuka mata atas kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat.. mereka hanya memohon 10k one off untuk keperluan yang mendesak. Dengan adanya bantuan dari simpanan mereka ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti bill yang tertunggak, ansuranbyang tertunggak dan membaik pulih kelengkapan serta mungkin sebagai modal untuk mencari rezeki
Sementara ni,tuan Cuba mohon bantuan baitulmao… insyallah baitulmal blh tolong…
Saya berharap jika kerajaan dapat meluluskan pengeluaran kwsp.. sebab dari permulaan pkp Saya sudah kehilangan pekerjaan sehingga sekarang x bekerja & kegunaan belajaan haraian Saya pun kadang2 terpaksa berhutang ..
Saya pun terdesak nak pakai duit sebab food panda pun dah tak stabil macam dlu… Tunggu nak angkat Bungkus.. Saya harap kerajaan bagi keputusan untuk kami nak bayar hutang.. Kwsp 10k one off bila lagi sebab kali ni terakhir utk kwsp buat rakyat malaysia
Ye btltu
Sy pon same dah abis
Berapa Banyak DH portal yg dah keluar pasal kwsp.bila lah nk bgi ni .duit caruman Kita tu..SYARIKAT besar ko bgi pinjam berbilion blion.kami hendak tuntut duit carum Kami sahaja.kami nk rolling akibat terkesan hidup slepas pandemic.hrap faham & tolong cepat sikit.masa Bulan berjalan momatariom pn nk hbis.
Bukan Semua Bantu an kerajaan Semua dapat. Sy PON TAK dapat. Walaupon pendapatan B40. Suami kerja Kampung. ANAK 6 orang. Sbb ada ssm. Walaupon ssm dh xpired😟