Pengeluaran Simpanan Akaun KWSP 1 Yang Dibenarkan Bagi Bulan Jun 2024

Kongsi

Berita baik untuk semua pencarum kerana terdapat pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibenarkan bagi bulan Jun ini. Seperti yang sedia maklum , akaun simpanan KWSP ini terbahagia kepada dua iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

Untuk pengeluaran kali ini hanya dibenarkan Akaun 1 sahaja dengan pengeluaran secara penuh jika dibandingkan dengan Akaun 2 hanya dibenarkan membuat pengeluaran sebahagian simpanan berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kumpulang Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Baca juga : Jumlah Bayaran Yang Akan Dikreditkan STR Fasa 3 Tahun 2024 ~ Semak Sekarang !

PENCARUM BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang telah mencapai usia yang ke 55 tahun ini telah dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh simpnan mereka oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55.

Walaubagaimanapun , sekiranya pencarum tersebut masih ingin meneruskan untuk bekerja selepas umur 55 tahun , caruman yang diterima selepas itu akan terus dikreditkan secara automatik ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai usia di 60 tahun.

PEKERJA YANG BERPENCEN

Pekerja yang sudah disahkan berpencen boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi bagi pekerja yang sudah berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana – mana undang – undang yang tekah bertulis dakam perjawatan berpencen oleh kerajaan Malaysia.

HILANG UPAYA

Ahli yang mengalami kurang upaya ini dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan mereka setelah disahkan oleh pegawai perubatan. Tambahan pula , mereka juga layak untuk terima wang sebanyak RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya agar dapat meringankan serba sedikit beban yang mereka hadapi.

AHLI MENINGGALKAN NEGARA

Bagi ahli yang telah melucutkan sebagai kewarganegaraan mereka dan berhijrah ke negara lain juga boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan mereka di KWSP.

KEMATIAN

Sekiranya ahli telah meninggak dunia , kesemua simpanan mereka boleh dibuat dengan syarat mewakilkan waris yang terdekat. Ha, ini dikatakan kerana pihak KWSP menggalakkan para ahlinya untuk membuat penamaan bagi memudahkan urusan mereka dalam menguruskan pengeluaran simpanan ahli yang telah meninggak dunia.

Sekiranya mereka telah menepati syarat – syarat yang diperlukan , permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i – Akaun KWSP ataupun boleh secara manual dengan berjalan masuk (walk in) di cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Leave a Comment