Pembentangan Bajet 2022 telah pun diumumkan pada petang jumaat lalu. Namun, Pemuda UMNO serta rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap beberapa perkara yang tidak termasuk dalam pembentangan itu.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengatakan bahawa perkara ini adalah merupakan harapan yang paling besar terhadap seluruh rakyat Malaysia. Namun, perkara ini tidak dibentangkan dalam pembentangan Bajet 2022.
Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM 10,000 secara “one-off” tidak dimasukkan dalam Pembentangan Bajet 2022 mengundang sedikit kekecewaan terhadap segelintir rakyat Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO juga turut berkata berasa kecewa apabila ada beberapa Tuntutan Rakyat yang diperjuangkan tetapi tidak dipenuhi. Namun, juga tidak dinafikan bahawa sudah ada beberapa Tuntutan Rakyat yang kami perjuangkan juga dipenuhi oleh pihak kerajaan termasuk moratorium tanpa faedah .
Menurutnya lagi, walaupun perkara ini telahpun diperjuangkan berkali-kali melalui pelbagai medium atau platform, seperti mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara hatta pengurusan tertinggi KWSP.
Namun, perkara yang menjadi harapan besar rakyat tidak dibentangkan dalam Bajet 2022 Pengeluaran Simpanan KWSP i-Citra secara “one-off” tidak dimasukkan.
Banyak cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan dan rakyat dalam menjayakan Bajet 2022 ini.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga berkata Pemuda Umno akan meneliti dokumen Bajet 2022 termasuk laporan ekomomi yang dibentangkan.
Andaian ekonomi dan perluasan cukai dan duti eksais semestinya akan memberikan impak kepada perniagaan serta pengguna.
Oleh itu, cadangan serta penambahbaikan Bajet Belanjawan 2022 ini akan terus dijalankan oleh pihak Pemuda Umno dan akan disampaikan kepada Anggota Pentadbiran Kerajaan dan juga Ahli-Ahli Parlimen.
Wt u give .u get back..dnt thnk we all st#p#d…well this is yr game..go on..
kalau tak perjuangkan ni memang pemuda umno sembang lebih…buat sampai dapat..rakyat tgh tengok ni
Tak payah tunggu hal ni lagi.. mcm ni keadaan dah faham la.. semua lakun aje.. kasi rakyat ada harapan lepas tu belakang org lain xsetuju.. faham2 la.