Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Kecewa Pengeluaran KWSP I-Citra RM10,000 Secara “One-Off” Tidak Disenaraikan Dalam Pembentangan Bajet 2022

Kongsi

 AVvXsEjY rxRYrt 2dafW EYlOXSmfenl6GW6OfLoQhZrINHJ79qgVUPds 1Q R1Yjeu47nm6RiBblEag4bB6 F9hfRW2Szk3c4CcUEWZlzMmA LjXFb0NASuZbgKLu8 9YPP1Tgw5o7Y8dIX49zU0l u2BC as tnAKFHc79bOQ4XtkCWVjGFruKZiu bRo=w640 h384

Pembentangan Bajet 2022 telah pun diumumkan pada petang jumaat lalu. Namun, Pemuda UMNO serta rakyat Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap beberapa perkara yang tidak termasuk dalam pembentangan itu.


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengatakan bahawa perkara ini adalah merupakan harapan yang paling besar terhadap seluruh rakyat Malaysia. Namun, perkara ini tidak dibentangkan dalam pembentangan Bajet 2022.
Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM 10,000 secara “one-off” tidak dimasukkan dalam Pembentangan Bajet 2022 mengundang sedikit kekecewaan terhadap segelintir rakyat Malaysia.

AVvXsEhyk0g5wnB8L120WrYbE0hzPYWOJLqe6JgtsshXXZ8uPKiHBMoPf54bD6mo4G6XHOKOraYwjf1zRrLRnwO7n6fUWOakdhdgY iG3kBXox7JB 9uQYUuCn5zkKKg6 RUwyPGGDTLanMVa5pjg79 5HUt2YMFt9gejWDMhYA9CYXpvoq3T4fvS BRWfhOGA=w640 h312

Ketua Pemuda UMNO juga turut berkata berasa kecewa apabila ada beberapa Tuntutan Rakyat yang diperjuangkan tetapi tidak dipenuhi. Namun, juga tidak dinafikan bahawa sudah ada beberapa Tuntutan Rakyat yang kami perjuangkan juga dipenuhi oleh pihak kerajaan termasuk moratorium tanpa faedah .
Menurutnya lagi, walaupun perkara ini telahpun diperjuangkan berkali-kali melalui pelbagai medium atau platform, seperti mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara hatta pengurusan tertinggi KWSP.
Namun, perkara yang menjadi harapan besar rakyat tidak dibentangkan dalam Bajet 2022 Pengeluaran Simpanan KWSP i-Citra secara “one-off” tidak dimasukkan. 
Banyak cabaran yang dihadapi oleh pihak kerajaan dan rakyat dalam menjayakan Bajet 2022 ini.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga berkata Pemuda Umno akan meneliti dokumen Bajet 2022 termasuk laporan ekomomi yang dibentangkan.
Andaian ekonomi dan perluasan cukai dan duti eksais semestinya akan memberikan impak kepada perniagaan serta pengguna.
Oleh itu, cadangan serta penambahbaikan Bajet Belanjawan 2022 ini akan terus dijalankan oleh pihak Pemuda Umno dan akan disampaikan kepada Anggota Pentadbiran Kerajaan dan juga Ahli-Ahli Parlimen.

3 thoughts on “Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Kecewa Pengeluaran KWSP I-Citra RM10,000 Secara “One-Off” Tidak Disenaraikan Dalam Pembentangan Bajet 2022”

Leave a Comment