Berita baik kepada anda semua kerana Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul Abdul Aziz telah mengugumkan tarikh pembayaran Pengeluaran Khas KWSP telah diawalkan kepada 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 agar ahli dapat membeli barang keperluan untuk menyambut sempena hari raya yang akan menjelang.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Telah Diawalkan Kepada 18 April 2022
- KWSP Telah Umum Perincian Penuh Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
- Jumlah Pengeluaran & Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
PEMEGANG AKAUN RHB DIDAHULUKAN
Makluman untuk semua , pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini adalah berbeza dengan cara pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang mana pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) yang akan didahulukan.
Pembayaran untuk Pengeluaran Khas KWSP ini akan didahulukan kepada ahli yang memegang akaun RHB bank . Hal ini demikian kerana RHB Bank adalah merupakan panel untuk KWSP.
Menerusi pemerhatian yang di jalankan pada laman sesawang Facebook , ahli yang menerima pembayaran ini adalah kebanyakan dari mereka yang memegang akaun RHB Bank.
PEMBAYARAN DIAWALKAN
Menerusi laman sesawang facebook Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz telah menunjukkan bahawa pelbagai reaksi yang diterima oleh menteri kewangan mengenai tarikh pembayaran Pengeluaran Khas KWSP.
Ramai telah menghantar messaj ke Menteri Kewangan untuk mempercepatkan pembayaran Pengeluaran Khas KWSP. Oleh itu , menteri kewangan telah bersetuju untuk pembayaran Pengeluaran Khas KWSP akan diawalkan kepada
- 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022
- Pembayaran ini akan diawalkan adalah untuk memberikan kepada ahli yang ingin membuat persiapan untuk menyambut sempena hari raya
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Semua ahli ini boleh membuat semakan status “Permohonan Anda Diluluskan” bermula pada 16 April 2022.
Walaubagaimana pun , sekiranya status permohonan anda masih lagi tidak mempunyai sebarang perubahan anda perlu menunggu beberapa hari untuk menerima status permohonan anda diluluskan.